
Sup Tulang Thai
Hai semua, Assalamualaikum. Sempena Hari Raya Aidiladha, atau hari raya korban tahun ni, Che Nom nak share resepi Sup Tulang ala Thai.
Sup tulang versi Thai ni, rasa kuah sup nya tu tak terlalu kuat dengan rempah-rempah kering, tapi lebih kepada rasa fresh dari bahan segar yang kita masukkan contohnya daun ketumbar, batang celery, daun limau purut, jus limau dan cili. Rasa pun masam-masam pedas gitu.
Memang sesuai sangat dimasak dengan bahagian daging bertulang yang berlemak. Dan rasa sangat sedap, tak cepat muak lah kalau makan. Dan sangat penting kalau isi tulang ni kita rebus sampai betul-betul lembut.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1.5 kilo tulang lembu
- 2-2.5 liter air
- 1 batang serai
- 2 ulas bawang putih
Bahan Untuk Sup
- 2 sb minyak masak
- 1 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1.5 inci halia
- 1 sup bunjut
- Rempah 4 sekawan
- Daun ketumbar
- 1 sb sos tiram
- 1 kiub pati lembu atau ayam (pilihan)
- 3 sb sos ikan
- Garam secukup rasa
- 1 sk serbuk lada putih
- Batang saderi
- 1 biji bawang holland
- 3 helai daun limau purut (pilihan)
- 3-4 sb jus limau nipis
- 1 biji tomato
- 10 tangkai cili padi
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan Bahan
- 1Daun ketumbar, potong ambil bahagian akar. Bahagian daun potong kasar untuk kita tabur dalam sup.
- 2Limau nipis perah ambil jus.
- 3Bawang besar potong sederhana nipis. Che Nom suka guna bawang holland untuk sup, nak guna bawang Bombay pon boleh juaa.
- 4Batang saderi potong kasar. Memang sedap kalau letak batang celery, boleh dikatakan wajib ada dalam sup style thai.
- 5Tomato, belah 4, nak potong kasar pon ok.
- 6Daun limau purut, kalau ada letak, kalau takda skip je.
- 7Cili padi untuk rasa pedas-pedas sikit, Che Nom nak letak dalam sup. Tak payah potong, cabut buang tangkai ja.
- 8Hiris nipis bawang merah kecil, halia dan bawang putih. Kemudian tumbik halus, kalau nak cepat boleh kisar.
Untuk Rebus Tulang
- 1Rebus daging bahagian tulang dengan 1 batang serai dan 2 ulas bawang putih. Ketul-ketuk dan masuk dalam periuk.
- 2Che Nom rebus 1 jam dengan pressure cooker, kalau nak rebus cara biasa mungkin masa anggaran 2 jam.
- 3Asingkan air rebusan dan tulang.
Untuk Masak Sup
- 1Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai kekuningan dan layu.
- 2Masuk sup bunjut dan rempah 4 sekawan.
- 3Masuk akar ketumbar dan air rebusan tulang.
- 4Perasakan dengan sos tiram sikit dan sambung rebus sampai mendidih.
- 5Masukkan kiub pati lembu, kalau nak guna kiub pati ayam pon boleh.
- 6Masukkan garam, lada putih dan sos ikan.
- 7Masuk batang celery, Che Nom masuk dengan daun-daun dia sekali.
- 8Dan sekarang boleh masukkan semua isi tulang tadi.
- 9Tabur hirisan bawang holand, dan rebus sekejap.
- 10Dah dekat nak tutup api, boleh tabur dengan daun limau purut dan jus limau. Bau dan rasa, sangat lah refreshing.
- 11Last sekali, masuk potongan tomato, taburan daun ketumbar, dan cili padi.
- 12Lepas tu rasa lah, masin masam semua tu cukup ke tak, dan adjust ikut cita rasa anda.
- 13Dah siap pun sup Tulang ala Thai. Boleh lah hidang panas-panas, makan dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan.
- •Daun ketumbar ada banyak jenis tapi bagi Che Nom jenis yang paling wangi ialah yang pendek. Panjang lebih sikit dari tapak tangan je.
- •Sisa yang melekat tepi periuk masa kita rebus daging buang je.
- •Tulang yang Che Nom beli ni tak bayang lemak, kaut sikit-sikit je keluar part berminyak tu. Kalau banyak, elok tunggu biar beku dan keluarkan lemak.
- •Minyak masak jangan banyak sangat, nak bagi bahan tumisan naik bau je
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Black Pepper

Daging Goreng Kunyit
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
