
Daging Masak Hitam Berempah
Daging Masak Hitam berempah yang pekat kuahnya, harum sangat masakan ni dan rasa ala-ala macam daging masak hitam kat restoran mamak.
Sedap kalau dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak, atau makan dgn nasi putih je pun sedap.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Kisar Halus
- 6 ulas bawang putih
- 1 ½ inci halia
- 10 tangkai cili kering
Bahan Rempah 4 Sekawan
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum cengkih
Bahan Lain
- 700g daging
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil jintan manis
- ½ cawan minyak masak
- 1 ½ sudu besar minyak sapi
- 1 batang serai
- 2 helai daun pandan
- 1 biji bawang besar (hiris nipis)
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 2 biji tomato
- ½ cawan kicap manis
- 1 biji bawang besar (kisar kasar)
- 2 sudu besar bawang goreng
- garam secukup rasa
- bawang goreng, untuk taburan
- daun ketumbar (optional)
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar tomato.
- 2Hiris nipis sebiji bawang besar untuk tumis dan sebiji lagi potong kasar untuk kisar.
- 3Kisar halus bawang putih, halia dan cili kering.
- 4Kisar kasar bawang besar dengan sedikit air.
- 5Potong daging sederhana besar, potong arah lawan urat.
- 6Gaul daging dengan jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan sedikit air. Perap anggaran ½ jam dalam peti sejuk.
- 7Panaskan minyak masak dan minyak sapi (boleh ganti dengan butter).
- 8Tumis rempah 4 sekawan, daun serai (dititik), daun pandan, daun kari dan hirisan bawang besar. Tumis sekadari bawang lembut.
- 9Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kari daging.
- 10Masukkan hirisan tomato kemudian masak sampai pecah minyak dan kering.
- 11Masuk daging perap dan kicap manis. Masak sampai daging empuk.
- 12Masukan bawang besar kisar dan bawang goreng.
- 13Masukkan garam secukup rasa.
- 14Bila kuah dah pekat boleh tutup api dan hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
Petua & Panduan
- •Selain tomato fresh, boleh ganti dengan tomato puree atau sos tomato.
- •Siapa ada pressure cooker boleh guna untuk masak daging ni sampai lembut.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
8 Jun 2025

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
8 Jun 2025

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat
15 Februari 2025

Daging Black Pepper
12 Julai 2024

Daging Goreng Kunyit
3 Julai 2024

Sambal Paru Goreng
2 Julai 2024
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025