
Daging Black Pepper
Kali ni Che Nom nak share resepi daging lagi iaitu daging masak black pepper, resepi mudah dan confirm habis makan sepinggan. Macam biasa dalam resepi ni Che Nom akan bagi tau details penyediaan bahan-bahan sampailah cara potongan daging yang betul untuk elak daging liat. Kemudian nak lebih sedap dan mudah lembut daging jugak kita perap dengan beberapa bahan sebelum goreng.
Daging masak black pepper ni memang favorite Che Nom sekeluarga selalu masak untuk makan malam. Kalau ada daging bahagian subprime cut macam knuckle atau primer cut macam batang pinang memang sesuai sangat untuk masakan stir fry macam ni. Set daging masak black pepper ni sangat padu kalau kita hidang dengan telur mata atau telur goreng mak cik kantin, dengan nasi panas sekali fuhh terangkat.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Perap Daging
- 300g daging
- 1 sb sos tiram
- 1 sb kicap cair
- 1 sb serbuk lada hitam
- 2 sb kicap manis
Bahan Daging Black Pepper
- 1/4 cwn minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- Sedikit air (utk berkuah)
- 1/2-1 sb serbuk lada hitam
- 1/2 biji bawang holland
- 1 biji lada bengala (campur warna)
- 1 pokok daun bawang
Bahan Sos
- 2 sb kicap manis
- 2 sb sos tiram
- 1 sb kicap cair
- 1 sb tepung jagung
- Sedikit air
Cara Menyediakan
Daging Black Pepper
- 1Cincang kasar bawang putih dan halia.
- 2Potong bawang holland, daun bawang, dan capsicum (campur warna kuning dan merah).
- 3Tumbuk biji lada hitam atau grate dengan pepper crusher.
- 4Potong daging arah lawan urat dan sederhana tebal.
- 5Perap daging dengan sos tiram, kicap cair, lada hitam dan kicap manis.
- 6Untuk bancuhan sos, mix sos tiram, kicap manis, kicap cair, tepung jagung dan sedikit air.
- 7Panaskan minyak dan tumis bawang putih & halia.
- 8Masukkan semua daging perap dan masak sampai daging lembut dan air kering.
- 9Tambah lagi serbuk lada hitam (pilihan) dan masukkan semua bancuhan sos.
- 10Akhir sekali masukkan bawang holland, capsicum dan daun bawang.
Telur Goreng Mak Cik Kantin
- 1Panaskan minyak sampai berasap kemudian baru goreng telur.
- 2Bila putih telur dah masak dan tepi dah garing dah bolehlah angkat.
- •Kalau daging masih liat, tambah sikit air dan tutup kuali, sambung masa katas api perlahan sampai lembut kemudian keringkan air.
- •Kalau suka berkuah, boleh tambah air
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Daging Masak Black Pepper

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Goreng Kunyit
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
