
Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Hai semua! Hari ni Che Nom nak kongsi satu resepi lauk yang memang power, Daging Goreng Kunyit gaya Kelantan. Resepi ni ringkas je, sesuai sangat kalau ada daging korban sebab tak guna banyak bahan dan kita kekalkan rasa fresh daging tu.
Dagingnya lembut, tak kering, digoreng dengan kunyit wangi dan cili padi pedas-pedas sikit. Bayangkan keenakan daging yang juicy, dipadankan dengan nasi panas, memang makan bertambah lah!
Menu ni senang disediakan tapi hasilnya pasti memikat selera keluarga. Jom kita cuba masak sama-sama!
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan-bahan Perapan Daging
- 500g daging lembu
- ½ sudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar kicap pekat
Bahan-bahan Tumis dan Sayuran
- ½ cawan minyak masak
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ - 1 biji bawang holland
- 3 tangkai cili merah besar
- 8 tangkai cili padi hijau
- 1 ikat kacang panjang
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (tambahan untuk tumisan)
- Sedikit serbuk seasoning
Cara Menyediakan
Cara Penyediaan Daging
- 1Ambil lebih kurang 500 gram daging lembu. Pastikan anda hiris melawan arah urat.
- 2Kalau ada lapisan putih tebal (tisu), trim dan buang sebab ia akan keras bila dimasak.
- 3Masukkan semua potongan daging ke dalam mangkuk.
- 4Untuk perapan, masukkan ½ sudu kecil garam, 2 sudu kecil serbuk kunyit, dan ½ sudu kecil lada sulah ke dalam daging.
- 5Tambah pula 1 sudu besar kicap pekat. Kicap ni bukan untuk warna gelap sangat, tapi untuk rasa dan bantu daging jadi lembut.
- 6Gaul sebati semua bahan perapan dengan daging dan perap selama 15-30 minit.
Cara Penyediaan Bahan Tumisan dan Sayuran
- 1Hiris nipis bawang putih dan halia.
- 2Potong kasar cili merah besar dan bawang holland
- 3Cili padi, boleh belah di bahagian kepala sahaja atau potong dua.
- 4Kacang panjang, potong memanjang lebih kurang 1 ½ inci.
Cara Memasak Daging Goreng Kunyit
- 1Masukkan daging yang telah diperap ke dalam kuali. Api kuali jangan buka lagi ya. Kita nak daging ni tak terkejut masa masak.
- 2Selepas daging dimasukkan, baru buka api pada paras sederhana. Tutup tudung kuali dan biar daging keluarkan airnya sendiri.
- 3Bila air daging dah kering, baru kita masukkan ½ cawan minyak masak.
- 4Terus masukkan bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi. Tumis sehingga bawang dan halia menjadi lembut dan naik bau.
- 5Kalau nampak minyak macam kering sikit, jangan risau. Boleh tambah sedikit lagi minyak, atau kalau suka yang berkuah basah sikit, tambah sedikit air.
- 6Kemudian, masukkan lagi satu sudu kecil serbuk kunyit. Ini untuk bagi warna daging kita lebih cantik dan aroma kunyit lebih terasa.
- 7Seterusnya, masukkan bawang holland, cili merah besar dan cili padi).
- 8Akhir sekali, masukkan kacang panjang. Kacau semua bahan hingga sebati dan sayur layu sedikit.
- 9Taburkan sedikit serbuk seasoning untuk menambah rasa. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
- 10Kalau anda suka lagi pedas, boleh tambah lagi cili padi atau sedikit serbuk cili merah. Yang penting, cuba rasa dulu sebelum tutup api ya, adjust ikut selera sendiri.
Cara Penyajian
- 1Bila semua dah masak elok dan rasa pun dah ngam, boleh terus angkat dan hidangkan panas-panas.
- 2Che Nom cadangkan makan Daging Goreng Kunyit ni dengan nasi putih panas, sambal belacan, dan ulam-ulaman. Kalau ada budu lagi mantap lah kan! Confirm licin pinggan!
- •Hiris daging nipis melawan arah urat supaya daging lembut bila dimasak nanti. Kena jegil biji mata cari garis lurus urat daging tu!
- •Potong daging sederhana nipis, jangan nipis sangat nanti bila goreng jadi kepingan keras dan tak moist. Ketebalan tu penting juga untuk rasa juicy daging.
- •Kalau ada lapisan putih tebal pada daging (white slab atau tisu), trim buang ye, sebab ia akan jadi keras bila dimasak.
- •Kicap pekat ditambah sedikit masa perap bukan untuk warna gelap sangat, tapi lebih kepada untuk rasa dan bantu melembutkan daging. Jangan letak banyak tau.
- •Perap daging dalam 15-30 minit je dah cukup untuk rasa meresap.
- •Untuk masak daging supaya lembut, masukkan daging perap ke dalam kuali sebelum api dibuka. Baru buka api perlahan-lahan supaya daging tak terkejut dan kekal lembut.
- •Tutup tudung kuali semasa daging mula dimasak dan biarkan daging keluarkan airnya sendiri. Ini yang akan buat daging kekal juicy bila dimakan nanti.
- •Kalau nampak minyak kering masa menumis, jangan risau, tambah sikit lagi minyak. Atau, boleh tambah sedikit air kalau suka lauk yang lebih berkuah basah.
- •Tambah lagi satu sudu kecil serbuk kunyit semasa menumis bawang dan halia supaya warna daging lebih cantik berseri dan aroma kunyit lebih naik.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






