
Daging Goreng Kunyit
Kali ni Che Nom nak share resepi daging sempena daging korban lagi lah ni, iaitu Daging Goreng Kunyit yang cukup lembut dan juicy daging nya. Masakan ni mudah, sesuai untuk orang bujang. Kalau nak makan kat luar mahal ni.
Macam mana nak dapat daging yang lembut dan juicy. Ada satu tips yang Che Nom share, cara restoran cina yang sesuai sangat untuk masakan stir fry. Dagingnya tak perlu masak lama.
Hidangan ni dipadan kan juga dengan sambal belacan resepi favourite Che Nom. Makan dengan nasi panas, dgn kicap fuh dah cukup.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Daging Kunyit
- 350g daging lembu
- 1/2 sk baking soda (perapan)
- Air sehingga tenggelam (perapan)
- Sedikit garam
- 1/4 cwn minyak masak
- 1-2 sk serbuk kunyit
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 sb sos tiram
- Sayur kacang panjang
- 1/2 biji bawang besar
- 8-10 tangkai cili padi
Bahan Sambal Belacan
- 10 tangkai cili padi
- 2-3 biji cili merah besar
- 3 biji limau kasturi
- Belacan, sebesar ibu jari
- 1/2 cawan air asan jawa
- 1 sk garam
- 1/2 sb gula
- Serbuk perasa (jika suka)
Cara Menyediakan
Daging Goreng Kunyit
- 1Potong daging kemudian perap dengan baking soda dan air sampai tenggelam anggaran 15 minit (tujuan untuk lembutkan daging).
- 2Potong bawang holland, bawang putih, halia, kacang panjang (pilihan) dan cili padi.
- 3Bilas daging dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
- 4Masukkan daging dan air dalam kuali dan masak atas api sederhana.
- 5Bila air dah kering boleh tuang masuk minyak masak dan goreng sampai daging masak.
- 6Tambah hirisan bawang putih, halia, sos tiram dan serbuk kunyit,
- 7Last sekali masukkan bawang holland, kacang panjang dan cili padi. Kalau nampak kering sangat boleh tambah air 2-3 sudu.
Sambal Belacan
- 1Limau kasturi belah 2 dan buang biji.
- 2Cili padi dan cili merah besar buang tangkai dan potong kasar.
- 3Belacan cucuk dekat garfu lepastu bilas dengan air sikit dan bakar sampai wangi.
- 4Asam jawa bancuh dengan 1/2 cwn air.
- 5Kisar kasar limau, cili, air asam jawa, belacan bakar, gula dan garam.
- 6Dah siap kisar boleh tambah sos ikan atau serbuk seasoning kalau suka.
- •Untuk lembutkan daging kita boleh guna bahan acidic macam lemon atau limau untuk breakdown collagen dalam daging.
- •Atau boleh guna Chinese style perap sekejap dengan baking soda, kaedah ni dipangil velveting. Sukatan baking soda 1% daripada jumlah berat daging. Kalau daging 300g baking soda 3g je.
- •Buang biji limau sebab kita nak kisar semua sekali dengan sambal belacan, kalau ada tertinggal biji nanti sambal jadi pahit.
- •Lepas dah perap daging dengan baking soda, pastikan basuh sampai hilang kesan baking soda, jangan tak basuh nanti payau rasa dia.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Black Pepper

Sambal Paru Goreng
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
