
Siakap Tiga Rasa Ala Thai
Menu kita kali ini ialah Ikan Siakap 3 Rasa, menu terkenal restoran ala Thai. 2 tahun dulu Che Nom dah pernah share resepi yang sama, tapi kali ni jom tengok video versi baru yang lebih menarik dengan resepi yang ditambah baik lagi supaya lebih sedap hasilnya.
Beza kuah 3 rasa dengan masam manis ialah, kuah masakan 3 rasa ni lebih pekat, pedas dan lebih sarat dengan pelbagai bahan yang beraroma, contohnya serai, daun limau purut dan juga ketumbar, berbanding kuah sweet sour yang lebih ringkas, dan lebih manis dari pedas.
Kombinasi pedas, masam dan manis serta aroma dan tekstur dari pelbagai bahan tu yang membuatkan masakan dari resepi ni tambah sedap. Ada satu bahan special yang Che Nom masukkan untuk dapatkan rasa hebat macam restoran Thai.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kuah 3 Rasa
- 3-4 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ biji bawang holland
- Sedikit capsicum
- 1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)
- 2 pokok ketumbar
- 1 biji tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos tomato
- ½ mangkuk kecil sos cili
- 1 mangkuk nenas didadu
- 3-4 tangkai cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)
- 1 sudu besar sos ikan
- Garam, secukup rasa
- 1 sudu kecil gula perang
- 2-3 helai daun limau purut
- Sedikit perahan jus limau nipis
- Sedikit air, untuk lebih berkuah
Bahan Untuk Ikan Siakap
- 1 ekor ikan siakap
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Tepung jagung
Bahan Untuk Hiasan
- Daun ketumbar
- Daun salad
- Hirisan nenas
Cara Menyediakan
Untuk Kuah 3 Rasa
- 1Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia cincang serta bawang holland dadu. Kacau sehingga naik bau.
- 2Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.
- 3Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.
- 4Tambah pes cili Thai, minyak cili, sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan taburan hirisan daun limau purut.
- 5Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.
Untuk Siakap 3 Rasa
- 1Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.
- 2Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan taburan tepung jagung.
- 3Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.
- 4Tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.
- 5Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang.
- •Seeloknya bagi salutan tepung pada bahagian dibuat apabila hendak digoreng dan minyak mulai panas.
- •Jika tiada minyak cili, boleh digantikan dengan cili kisar untuk bahan kuah 3 rasa.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






