
Siakap Bakar Bersambal
Kali ni Che Nom nak tunjuk cara untuk masak ikan bakar bersambal, menggunakan pes sambal yang mantap rasanya. Dalam video ni Che Nom guna ikan siakap yang dibelah belakang, disapu dengan pes sambal secukupnya dan kemudian kita bakar guna kuali. Cara yang mudah dan praktikal untuk masak di rumah.
Hasil masakan ikan ni memang sangat moist, cukup semua rasa dengan gabungan lapisan pes sambal tu. Kalau masak guna daun pisang pun boleh tambah wangi. Makan dengan nasi panas, dengan ulam ke dah cukup dah ni. Tak perlu lauk lain lagi.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ikan Bakar
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah kecil
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2 batang serai
- 2 ketul kunyit hidup
- 1/2 inci belacan bakar
- 8 sb cili kisar
- 1 inci gula melaka
- 2-3 sb air asam jawa
- Garam secukup rasa
- 1 ekor ikan siakap
- Sedikit garam
- Serbuk kunyit
Bahan Untuk Air Asam
- 1 biji bawang besar
- 1 biji tomato
- 4 tangkai cili padi
- 1 inci belacan bakar
- 5 sb air asam jawa
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 sk sebuk perasa
- Jus limau kasturi
- Sedikit air
- Sedikit kicap
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan Bahan
- 1Hiris nipis halia, lengkuas, serai, bawang merah kecil, bawang putih, bawang besar dan kunyit hidup.
- 2Masukkan dalam blender bahan hiris nipis, belacan bakar dan air separuh tenggelam. Kisar halus kesemua bahan.
- 3Bancuh asam jawa dengan air kemudian ketepikan.
- 4Bersihkan ikan dan belah dua, caranya belah ikan dari belakang atau bahagian atas (butterfly cut)
- 5Potong tulang rusuk ikan.
- 6Bahagian perut jangan belah, buang isi perut selepas belah dua.
- 7Bahagian kepala pon sama, potong 2 dari belakang. Insang jangan lupa buang.
- 8Kikis ketulan darah dan basuh ikan
- 9Sisik memang Che Nom tak buang.
- 10Potong sirip dan ekor.
- 11Lumur sebati ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan dulu.
Untuk Pes Sambal
- 1Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus. Tambah sedikit air.
- 2Masak sampai pecah minyak dan garing sikit.
- 3Masukkan cili kisar dan kacau sebati.
- 4Masukkan gula melaka (gula perang pon boleh).
- 5Selepas 10-15 minit masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa kalau suka.
- 6Bila tumisan dah pecah minyak dan pekat berkilat, boleh tutup api dan pindah masuk bekas.
- 7Sejukkan sebelum lumur atas ikan.
Untuk Ikan
- 1Lapik kuali dengan 2-3 lapis daun pisang. Masukkan ikan bahagian sisik sebelah bawah.
- 2Tutup tudung kuali dan masak sampai ikan separuh masak anggaran 10 minit.
- 3Sapukan pes atas ikan.
- 4Bila dah siap ratakan, tutup tudung kuali dan masak atas api perlahan sampai ikan masak.
- 5Selepas jus ikan dah keluar dan isi ikan dah masak, kuatkan api dan teruskan masak anggaran 5 minit supaya bahagian bawah ikan burn sikit baru sedap makan.
Untuk Air Asam
- 1Hiris kasar bawang besar, tomato, cili padi (kalau nak kurang pedas boleh campur cili besar).
- 2Masuk semua bahan potong tadi dalam mangkuk.
- 3Masukkan sekali belacan bakar, air asam jawa, gula, garam, serbuk perasa kalau suka dan jus limau kasturi (limau nipis pon boleh).
- 4Gaul dah ramas sebati kesemua bahan.
- 5Masukkan sedikit air dan sedikit kicap.
- 6Gaul sebati dan siap untuk dihidang.
- •Resepi untuk pes sambal cukup untuk masak 2 esok ikan siakap.
- •Che Nom tak letak pes bahagian bawah / sisik ikan siakap. Bahagian sisik akan jadi lapisan tebal yang jaga ikan tu untuk jadi lebih moist.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






