
Siakap Kengsom Thai
Untuk kali ni, Che Nom nak kongsi resepi lauk yg mudah, tapi walau mudah,fuh sedap tak terkata rasa dia Jom masak Siakap kengsom. Menu ni kalau tak silap Che Nom lah, asal dari selatan thai.
Kuah nya wangi sgt dari kunyit dan bawang fresh Rasanya pun kena ada pedas dari cili,dan rasa masam- manis sikit dari nenas yg kita masukkan. Sayur pun dimasak sekali, iaitu kangkong.
Cara masak seakan resepi asam rebus dari utara, tapi ada sikit perbezaan lah . Biasanya kengsom ni di masak guna ikan siakap. Ala, ikan yg pernah viral, yg gempak satu malaysia dulu tu, Che Nom hidang dengan nasi beras wangi Thai, makan pulak kuah banjir panas-panas, sedap tak tau nak cakap.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 3-4 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 ketul kunyit hidup
- 6-7 tangkai cili padi
- Iklan
- 1 biji cili merah
- 1 inci belacan
- 1 potong nenas
- 1 inci lengkuas
- 2 batang serai
- Air untuk kuah
- 1/2 biji nenas
- 1 ekor ikan siakap
- 2 sudu besar sos ikan Thai
- Garam secukup rasa
- Tambah gula melaka (jika suka)
- 1 ikat kangkung
- 2 biji limau nipis
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan
- 1Potong menyerong nenas (untuk masukkan dalam kuah), potong dadu nenas (untuk kisar).
- 2Potong kasar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi (merah) dan cili merah.
- 3Hiris nipis lengkuas, titik serai, potong limau dan perah jus (boleh ganti jus asam jawa).
- 4Kangkung buang akar dan batang yang keras. Che nom akan letak setangkai panjang kangkong.
- 5Ikan siakap potong 4.
- 6Kisar halus bahan potong kasar, nenas, belacan (boleh ganti perasa), dan air.
Untuk Y
- 1Masuk bahan kisar halus dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas kemudian reneh sampai agak masak (anggaran 10-15 minit).
- 2Tambah air untuk lebih berkuah (jangan banyak sangat takut cair) dan masukkan hirisan nenas. Masak sampai kuah mendidih.
- 3Masukkan ikan (jangan kacau lebih-lebih takut hancur), dan tutup kejap.
- 4Bila ikan dan masak, masukkan sos ikan dan garam cukup rasa (boleh tambah gula melaka jika suka manis). Rebus sikit lagi.
- 5Bila semua dah masak, susun kangkong kemudian tutup api
- 6Akhir sekali masukkan jus limau nipis
- •Untuk pilih nenas yang segar, tengok pangkal bawah (tempat cantas) elok atau tak, takut nenas lembik dan cepat busuk.
- •Guna nenas muda untuk masak kengsom, boleh jugak ganti betik muda dan rebung segar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






