
Nasi Minyak Kenduri
Jom kita tengok cara penyediaan nasi minyak style kenduri yang gerenti jadi. Hasil nasi minyak dari resepi dan cara ini sangat lembut dan fluffy, memang sebiji-sebiji berderai jadinya.
Dari segi rasa pula, seakan sama seperti nasi minyak kenduri. Sebelum ini Che Nom dah pernah share resepi Ayam Masak Merah versi baru (versi 2.0), dan seperti yang dijanjikan kali ni resepi nasi minyak lah pulak.
Dimulai dengan proses sediakan bahan tumis, kemudian proses rendam beras dan kepada penerangan nisbah sukatan beras & air (ini ramai yang masih keliru). Cara masakan ni memang ikut cara yang biasa Che Nom buat. Hasilnya Insyallah tak menghampakan.
Nasi Minyak ni kalau dipadankan dengan Acar Rampai memang mantap, sesuai sangat untuk hidangan majlis-majlis tertentu seperti kenduri kahwin dan sebagainya.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Nasi Minyak
- 3 cwn beras basmathi
- 3 1/2 cwn air
- 1 cwn susu cair
- 3 sb minyak sapi
- 2 sb minyak masak
- 1/2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 2 inci halia
- 1 helai daun pandan
- Rempah 4 sekawan
- 1/4 cwn kismis
- 1 sk gula
- Garam secukup rasa
- Pewarna kuning/oren
- Bawang goreng
- Gajus
- Daun ketumbar
Bahan Rempah 4 Sekawan
- 1 batang kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
Cara Menyediakan
Untuk Nasi Minyak
- 1Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
- 2Daun pandan carik dan simpul.
- 3Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
- 4Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
- Iklan
- 5Panaskan minyak sapi dan minyak masak
- 6Tumis rempah 4 sekawan.
- 7Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
- 8Masukkan kismis dan kacau sekejap.
- 9Masukkan beras dan goreng sekejap.
- 10Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
- 11Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
- 12Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
- 13Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
- 14Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
- 15Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.
- •Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
- •Untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji berderai, Che Nom goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Tolong kirakan semua bahan-bahan untuk satu kilo beras
UmumTentu, saya boleh bantu kirakan anggaran bahan untuk 1kg beras basmathi berdasarkan resipi Nasi Minyak Kenduri ini. Resipi asal menggunakan 3 cawan beras, jadi kita perlu gandakan bahan-bahan lebih kurang 1.75 kali ganda (kerana 1kg beras lebih kurang 5.25 cawan, bergantung pada jenis beras dan saiz cawan).
Berikut adalah anggaran kasarnya:
- Beras basmathi: 1 kg
- Air: Kira-kira 6 1/8 cawan
- Susu cair: Kira-kira 1 3/4 cawan
- Minyak sapi: Kira-kira 5 1/4 sudu besar (untuk menumis) + 1 3/4 sudu besar (untuk sapu atas nasi)
- Minyak masak: Kira-kira 3 1/2 sudu besar
- Bawang besar: 1 biji (saiz sederhana/besar)
- Bawang putih: 5-6 ulas
- Bawang merah: 3-4 biji
- Halia: Kira-kira 3 1/2 inci
- Daun pandan: 2 helai
- Rempah 4 sekawan: Gandakan sedikit (cth: 2 bunga lawang, 7 buah pelaga, 7 bunga cengkih, 1-2 batang kayu manis)
- Kismis: Kira-kira scant 1/2 cawan
- Gula: Kira-kira 1 3/4 sudu kecil
- Garam, Pewarna, Bawang goreng, Gajus, Daun ketumbar: Secukup rasa/hiasan
Ingat ya, ini hanyalah anggaran. Anda mungkin perlu sesuaikan sedikit kuantiti air atau susu cair bergantung pada jenis beras dan periuk yang digunakan. Selamat memasak!
Soalan: trick nasi tak kering sangat bila da masak
UmumTentu, untuk memastikan nasi minyak anda tidak terlalu kering bila sudah masak, ada beberapa petua dari resipi ini yang boleh anda ikuti:
- Rendam Beras: Pastikan anda merendam beras basmathi kurang dari 30 minit seperti yang disarankan dalam resipi. Ini membantu beras menyerap air dengan lebih baik dan masak dengan sekata.
- Sukatan Cecair yang Tepat: Ikut sukatan air (3 1/2 cawan) dan susu cair (1 cawan) untuk 3 cawan beras. Resipi ini telah dirancang untuk sukatan tersebut. Jika anda dapati nasi masih kering, sedikit penambahan cecair mungkin diperlukan pada masa akan datang, bergantung pada jenis beras yang anda guna.
- Penggunaan Minyak Sapi: Resipi ini menggunakan minyak sapi semasa menumis dan juga menyapu 1 sudu besar minyak sapi di atas nasi selepas masak. Lemak ini penting untuk melembapkan nasi dan menambah aroma.
- Masa Rehat Selepas Masak: Selepas nasi masak dan pewarna dititiskan, biarkan ia selama 10 minit. Langkah ini membolehkan nasi mengewap dengan sempurna dan menjadi lebih gebu serta lembap.
Semoga nasi minyak anda menjadi elok dan tidak kering!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






