
Nasi Hujan Panas
Jom kita masak menu special kali ni, iaitu nasi hujan panas dan juga acar timun. Che Nom padankan juga dengan ayam masak merah style kenduri, sesuai lah nak masak untuk tetamu di rumah terbuka.
Nasi hujan panas ni memang lembut kejadiannya, fluffy atau ringan berderai, dan cukuplah semua rasa, cara masak beras tu yang penting, boleh tengok sampai habis ok.
Ada juga tips sukatan air, dan juga cara penyediaan nasi menggunakan pressure cooker dan periuk nasi.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Nasi
- 3 cwn beras basmathi
- 1-2 sb minyak masak
- 1-2 sb mentega
- 1-2 sb minyak sapi
- Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 3 cengkih, 4 buah pelaga)
- 3 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 helai daun pandan
- 2 cwn susu cair
- 2 1/2 cwn air
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit garam
- 1-2 sk gula
- Sedikit pewarna kuning
- Pewarna merah
- Pewarna hijau
Bahan Untuk Acar
- 1 batang timun
- Sepotong nenas
- 1 biji bawang merah besar
- 4-6 tangkai cili padi
- 2 sb gula
- 1-2 sk garam
- Jus lemon atau cuka makan
Cara Menyediakan
Untuk Nasi Hujan Panas
- 1Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
- 2Halia hiris tebal, senang nanti lepas masak boleh tarik keluar.
- 3Basuh beras sampai jernih dan hilang keruh, anggaran 3 kali. Lepas basuh, boleh tapis dan tos kering.
- 4Panaskan minyak masak, mentega dan minyak sapi.
- 5Tak perlu cairkan sepenuhnya, terus masuk rempah 4 sekawan.
- 6Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai keperangan dan naik bau tumisan.
- 7Masukkan daun pandan untuk aroma, lebih wangi dan berselera nasi nanti.
- 8Masuk beras dan goreng selama 3-4 minit, sampai dengar bunyi berdesir.
- 9Masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan sedikit pewarna kuning.
- 10Masukkan garam dan gula. Kacau sebati.
- 11Pindah masuk dalam periuk nasi atau pressure cooker. Kemudian tunggu sampai nasi masak.
- 12Selepas nasi dah masak, biar nasi kering dan suam-suam sebelum gembur, kalau gembur awal-awal takut patah dan hancur nasi nanti.
- 13Untuk warnakan nasi, boleh celup chopstick atau lidi dalam pewarna dan titis pewarna atas nasi. Seeloknya buat lubang dan lorek-lorek pewarna dalam tu.
- 14Che Nom guna warna merah, hijau dan oren. Kalau pewarna terlalu pekat, boleh campur sikit dengan air sebelum titis atas nasi.
- 15Dah siap letak warna boleh nasi gembur biar bercampur.
Untuk Acar
- 1Timun kupas kulit jarak-jarak kemudian cakar dengan garfu.
- 2Belah 2 timun dan hiris nipis. Biji tak perlu buang.
- 3Nenas kupas kulit dan hiris halus.
- 4Bawang besar dan cili padi (kalau nak kurang pedas boleh ganti dengan cili besar) hiris nipis.
- 5Untuk rasa masam kita boleh guna cuka makan, limau nipis dan lemon. Che Nom guna lemon
- 6Masuk semua bahan potong, gula, garam dan jus lemon dalam mangkuk.
- 7Gaul sebati kemudian simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.
- •Untuk sukatan cecair 1 cawan beras bersamaan 1 setengah cawan cecair (susu cair dan air). Kalau 3 cawan beras maknanya 4 setengah cawan cecair (susu cair dan air).
- •Cawan untuk sukat tak kisah besar mana, janji cawan yang kita sukat beras tu kita guna cawan yang sama untuk sukat air.
- •Untuk tumisan, kalau nak guna mentega semuanya atau minyak sapi semuanya tak nak campur pon boleh. Minyak sapi ni lebih aromatic dan wangi cuma mahal sikit.
- •Kalau guna periuk nasi eletrik biasa, rendam beras anggaran 15 minit, jangan lama. Kalau guna pressure cooker tak perlu langsung rendam beras.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






