
Punten
Kali ni Che Nom share resepi menu yang tengah viral dan dikatakan makanan asli masyarakat Jawa di sebelah Selangor, iaitu Punten dan Sambal Ijo yang pedas berasap menyengat. Seumur hidup memang Che Nom tak pernah makan sempai lah viral baru-baru ni.
Apa rasa Punten ni. Mesti ramai yang tanya kan. Nasi nya tu seakan-akan rasa nasi lemak yang digabung dengan nasi impit. Beras dimasak dengan santan supaya lembik hasilnya, kemudian kita tumbuk sampai halus sebelum dibentukkan menjadi Punten. Nak bentukkan tu yang agak mencabar.
Dan yang menariknya bila kita makan dengan sambal ijo yang harus dimasak menggunakan cili hijau kampung bersama dengan Ikan bilis dan udang kering tumbuk. Memang sedap sambal ni tau, pedas nya tu ketagih bila makan dengan nasi. Anda wajib cuba.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Sambal Hijau
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah kecil
- 120g cili padi hijau
- 1 mangkuk ikan bilis
- 2 sb udang kering
- Sedikit air asam jawa
- Gula
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa
Bahan Punten
- 2 cwn beras
- 6 cwn santan
- Garam
- Daun pandan
- Sedikit minyak
Cara Menyediakan
Sambal Ijo
- 1Kisar kasar bawang putih, bawang besar, bawang merah kecil dan cili padi hijau.
- 2Potong dadu bawang besar (untuk menumis)
- 3Bancuh asam jawa dengan air dan ketepikan dulu.
- 4Tumbuk kasar udang kering.
- 5Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- 6Tumis bawang besar sampai lembut, kemudian masuk semua bahan kisar kasar tadi.
- 7Masuk udang kering, air asam jawa, sedikit air, serbuk seasoning, gula dan separuh ikan bilis goreng (ditumbuk kasar).
Punten
- 1Masukkan beras, santan (sederhana cair), garam, daun pandan, dan sedikit minyak dalam rice cooker. Masak macam biasa.
- 2Keluarkan daun pandan dan tekan nasi dengan balang kaca atau botol sampai hancur.
- 3Gumpal nasi menjadi bentuk signature Punten.
- 4Boleh hidang sambal ijo dan tabur dengan baki ikan bilis goreng.
- •Sukat beras dan air dari bekas yang sama. Sukatanya 1 cwn beras sama dengan 3 cwn air.
- •Kalau nak guna santan kotak, cairkan air sampai cukup 6 cwn.
- •Kalau nak senang gumpal nasi, boleh gumpal dengan tangan pakai sarung tangan plastic.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






