ResepiCheNom
Set Ayam Gepuk Top Universe

Set Ayam Gepuk Ala Top Universe

Jom tengok Che Nom nak sediakan menu yang sangat sedap, berasal dari negara jiran kita Indonesia tapi orang Malaysia kan suka banget makan makanan ni iaitu set ayam gepuk top universe haa bukan main nama. Che Nom sekeluarga memang suka makan set ayam gepuk ni untuk lunch, ayam panas-panas tu kan pekena dengan sambal pedas berpeluh makan.

Yang penting dalam hidangan ni ialah sambalnya tu kena pedas secukup rasa, dihaluskan dengan minyak gorengan ayam dan rasa berlemak datang daripada gajus. Dan satu lagi yang special cara penyediaan ayam gepuk tu sendiri kita rebus ayam dengan rempah-rempah kisar sampai serap rasa bumbunya tu kemudian barulah kita goreng deep fry garing-garing gitu.

Bumbunya kita guna jugak untuk penyediaan side dish. Kombinasi keduanya memang cukup padu dan hasilkan satu hidangan yang cukup lengkap haa jomlah masak sendiri.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
13 Ogos 202428.5K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Rebusan Ayam

  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 biji buah keras
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 2 sk serbuk seasoning (pilihan)
  • 3 helai daun salam
  • 2 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1 sk serbuk seasoning (pilihan)
  • Air secukupnya

Bahan Sambal Gesek

  • 120g cili padi
  • 60g kacang gajus panggang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sk serbuk msg
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • Minyak gorengan ayam secukupnya
Iklan

Bahan Kremes/Kriuk Kriuk

  • 1 sb tepung beras
  • 1 sb tepung gandum
  • Air rebusan ayam secukupnya

Bahan Sampingan

  • Tauhu
  • Tempe
  • Timun
Iklan

Cara Menyediakan

Ayam Geprek

  1. 1
    Potong kasar kunyit hidup, bawang putih, halia dan lengkuas.
  2. 2
    Kisar halus bahan potong kasar, buah keras dan sedikit air
  3. 3
    Reneh ayam dengan bahan kisar halus, serbuk ketumbar, daun salam, garam, serbuk seasoning, gula, serai (dititik) dan air (cukup sekadar separuh tenggelam ayam).
  4. 4
    Alihlah ayam sekali dua dan sambung reneh sampai ayam masak.
  5. 5
    Bila ayam dah masak, angkat dan toskan. Air rebusan kita simpan dulu.
  6. 6
    Goreng ayam deep fry sampai garing.

Tempe Dan Tauhu Goreng

  1. 1
    Potong tauhu dan tempe.
  2. 2
    Celup tauhu dan tempe dalam air rebusan ayam tadi.
  3. 3
    Goreng deep fry sampai garing.
Iklan

Kremes/ Kriuk-Kriuk

  1. 1
    Bancuh tepung beras, tepung gandum dan air rebusan ayam. Tambah air sikit nak bagi cair.
  2. 2
    Panaskan minyak dan tuang adunan kriuk-kriuk perlahan-lahan dari jarak yang tinggi ke dalam kuali.
  3. 3
    Dah perang boleh angkat.

Sambal Gesek

  1. 1
    Buang tangkai cili dan patahkan dua.
  2. 2
    Panaskan sedikit minyak dan goreng cili dan bawang putih sampai layu.
  3. 3
    Letak cili dan bawang putih atas gesek batu dan tekan sampai lumat.
  4. 4
    Panaskan minyak ayam goreng tadi dan tuang masuk sikit-sikit dalam sambal.
  5. 5
    Masuk serbuk kacang gajus (yang telah dipanggang) dan sambung gesek sampai semua lumat.
  6. 6
    Penyek sikit ayam goreng tadi dan bolehlah hidang.
Petua & Panduan
  • Jangan rebus ayam lama sangat takut hancur pulak isi ayam.
  • Che Nom suka goreng ayam deep fry dalam periuk cast iron, tapi kalau guna kuali yang tebal pon takde hal.
  • Bila kita tutup periuk masa goreng ayam, gorengan tu akan create steam jadi dalamnya masak sempurna dan tak kering.
  • Masa goreng ayam minyak kena banyak sampai tenggelam barulah untuk dapat hasil ayam yang ranggup luar dan juicy dalam.
  • Jangan goreng penuh-penuh kuali. Api pon kena panas betul-betul nak elak ayam melekat.
  • Nak kurang pedas sambal, boleh lebihkan kacang gajus.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru