ResepiCheNom
Nasi Arab Mandy Ayam

Nasi Arab Mandy Ayam

Nasi Arab Mandi Ayam, resepi special untuk bulan Ramadhan kali ini. Che Nom mulakan resepi dengan cara untuk membuat rempah mandy secara homemade, guna bahan-bahan yang biasa ada di dapur saja dan kita akan dapat hasilkan rempah nasi arab mandi yang tak kurang hebatnya.

Selepas hasilkan rempah, Che Nom akan tunjuk dengan terperinci cara untuk buat stok rebusan ayam, yang kita akan guna untuk buat nasi arab mandi dan juga hidangan sampingan iaitu sup. Tak lupa juga cara-cara penyediaan salad dan sos harrah yang pedas, yang seimbangkan rasa nasi arab dengan tekak melayu.

Ayam pula Che Nom pilih cara penyediaan yang paling praktikal untuk dimasak di dapur kekebanyakan orang kita. Hasilnya ayam yang lembut, juicy dan penuh berperisa. Pelengkap untuk nasi arab mandi yang sangat sedap.

NOTA: Bakar ayam angaran 15 minit Suhu 180C-200C, api atas bawah

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
18 Januari 2025137K paparan3 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Rempah Mandy

  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil bunga cengkih
  • 8 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 3 helai daun salam kering

Bahan Untuk Nasi Mandy

  • 4 cawan beras basmathi extra long
  • air secukupnya untuk rendam
  • 3-4 sudu besar minyak sapi
  • ½ biji bawang holland
  • 5-6 ulas bawang putih (**tertinggal di caption video)
  • 3 tangkai cili hijau
  • 4-5 tangkai cili padi
  • 1 - 1 ½ sudu besar rempah mandi
  • 6 cawan stok rebusan ayam
  • 1 mangkuk kecil kismis hitam
  • 4 cawan beras basmathi
  • garam secukup rasa
Iklan

Bahan Untuk Rebusan Ayam

  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun salam
  • 1 batang kayu manis
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • ½ biji bawang holland
  • 10 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu besar rempah mandy

Bahan Untuk Sapuan Ayam

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar jus lemon
  • ½ sudu besar rempah mandi
Iklan

Bahan Untuk Salad

  • daun ketumbar
  • 1 biji timun
  • 1 biji tomato
  • ½ biji bawang holland
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1-2 sudu besar jus lemon

Bahan Untuk Sos Harrah

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 4-5 tangkai cili padi
  • 1 biji lemon
  • 1 biji cili merah
  • Daun dan batang ketumbar
  • 1 sudu besar jus lemon
  • sedikit garam
  • sedikit gula
Iklan

Bahan Untuk Sup

  • Baki air rebusan ayam (setelah keluarkan air rebusan untuk nasi)
  • Garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan Untuk Perasa Asap

  • 2 sudu besar minyak masak
  • bara dari arang
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Rempah Mandy

  1. 1
    Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan rempah mandy sehingga naik bau dalam anggaran masa 5-7 minit.
  2. 2
    Kisar bahan rempah sehingga agak halus.

Untuk Nasi Mandy

  1. 1
    Rendam beras dengan air secukupnya sehingga lembut, anggaran 30 minit.
  2. 2
    Panaskan minyak sapi lalu tumis hirisan bawang holland sehingga lembut dan layu.
  3. 3
    Masukkan bawang putih, cili padi hiiau, rempah mandy, stok rebusan ayam, kismis hitam, rendaman beras basmathi yang telah dibasuh bersih dan garam secukup rasa.
  4. 4
    Tutup dengan aluminium foil ataupun kain dan masak nasi dengan api yang perlahan.
  5. 5
    Selepas nasi sudah masak, tambah sedikit pewarna kuning telur atau saffron.
Iklan

Untuk Rebusan Ayam

  1. 1
    Panaskan minyak masak lalu tumis daun salam, kayu manis, lada hitam dan hirisan bawang holland. Tumis sehingga bawang holland menjadi lembut.
  2. 2
    Masukkan air, kiub ayam (pilihan), ayam dan rempah mandy.
  3. 3
    Rebus ayam dalam anggaran masa 20-30 minit dengan api yang sederhana.
  4. 4
    Sediakan bahan sapuan ayam dengan campuran minyak zaitun, serbuk smoked paprika, sedikit pewarna kuning, jus lemon dan rempah mandy. Kacau sekata bahan.
  5. 5
    Selepas ayam masak, sapukan permukaan ayam dengan bahan sapuan lalu perapkan seketika.
  6. 6
    Bakar ayam pada suhu 180C - 200C dengan menggunakan api atas sahaja dalam anggaran masa 15 minit.

Untuk Sup

  1. 1
    Panaskan baki air rebusan ayam untuk sup.
  2. 2
    Masukkan garam secukup rasa, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan hirisan daun ketumbar.
  3. 3
    Masak sehingga sup mendidih.
Iklan

Untuk Salad

  1. 1
    Potong dadu timun, tomato dan bawang holland.
  2. 2
    Masukkan sedikit garam dan gula, serbuk lada hitam, jus lemon dan hirisan daun ketumbar.
  3. 3
    Gaul sekata bahan-bahan salad.

Untuk Sos Harrah

  1. 1
    Kisar bawang putih, tomato, cili padi, cili merah (pilihan), daun dan batang ketumbar tanpa air. Kisar kesemua bahan tidak terlalu halus.
  2. 2
    Perasakan sos yang telah dikisar dengan jus lemon, sedikit garam dan gula.
  3. 3
    Cara-cara untuk perasa asap.
  4. 4
    Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
  5. 5
    Letakkan ayam panggang diatas nasi mandy.
  6. 6
    Guna bekas tahan panas dan tuang minyak masak lalu letakkan bara dari arang.
  7. 7
    Tutup rapat selama 10 minit agar nasi dan ayam terkena asap dan dapat menyerap baunya.
Iklan

Untuk Hidang Nasi Arab Mandy Ayam Berempah

  1. 1
    Hidangkan nasi mandy dengan ayam panggang, salad, sos harrah, sup kosong bersama potongan cili hijau dan hirisan lemon.
  2. 2
    Kemudian, nasi arab mandy ayam berempah siap untuk dijamu selera.
Petua & Panduan
  • Jika nasi dimasak guna pressure cooker, tidak perlu rendam beras.
  • Pastikan rebus ayam tidak terlalu lembut dan hancur.
  • Selain bagi cara masak dengan merebus ayam, boleh juga cara yang dipanggang terus ayam diatas nasi dan masuk kedalam ketuhar.
  • Asingkan baki air rebusan ayam untuk sup dan juga untuk nasi.
  • Jika mahu menggantikan minyak zaitun, boleh saja gunakan minyak masak ataupun mentega cair.
  • Jika mahu menggantikan smoked paprika, boleh juga gunakan serbuk cili.
  • Jika mempunyai safron, boleh gantikan dengan pewarna kuning untuk bahan sapuan ayam dan nasi mandy.
  • Jika tidak mahu nasi menjadi hancur, elakkan daripada kerap atau lebih mengacau nasi ketika dimasak.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Soalan: Kalau tak suka ketumbar, boleh ganti dengan ape?

Umum
Jawapan:

Resipi ini menggunakan daun ketumbar dalam beberapa komponen: salad, sos Harrah, sup, dan sebagai hiasan. Jika anda tidak suka ketumbar, anda boleh cuba beberapa pilihan:

  • Untuk salad dan hiasan: Anda boleh menggantikan daun ketumbar dengan daun parsli atau daun saderi (celery) yang dihiris nipis. Rasa segar dari sayuran ini akan melengkapi hidangan.
  • Untuk sos Harrah: Menggantikan daun ketumbar dalam sos mungkin akan mengubah rasa sedikit, tetapi anda boleh gunakan parsli.
  • Untuk Sup: Daun sup adalah pilihan yang bagus.

Jika anda benar-benar tidak menyukai rasa ketumbar, pilihan terbaik adalah dengan tidak menambahkannya langsung, daripada mencuba menggantikannya dalam sos.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru