
Acar Rampai
Seperti yang dijanjikan, Che Nom nak share resepi Acar Rampai. Menu sampingan yang selalu ada di waktu kenduri kendara dan biasanya padankan dengan nasi berperisa macam nasi tomato ke nasi briyani ataupun nasi minyak. Lauk yang sesuai dihidangkan sekali pula ialah ayam masak merah. Anda boleh rujuk pada resepi yang lepas mengenai perkongsian resepi ayam masak merah dan resepi nasi minyak style kenduri.
Acar Rampai yang sedap bagi Che Nom, rasa tu mestilah sedikit manis dan berempah. Ada rasa masam-masam pun juga, dan yang penting mesti kurp krap rangup kalau kita makan. Sayur tu mesti rangup. Siapa setuju. Jadi resepi kali ni, ada tips mcm mana nak sediakan acar rampai yang sedap dan krup krap bila makan.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Acar Rampai
- Bijan
- 1/2 sk pes kapur makan
- 1 batang lobak merah
- 1 batang timun
- Iklan
- 2 tangkai cili merah
- 8 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah kecil
- 7-8 tangkai cili kering
- 1/2-1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 1 sb udang kering
- 1/2 sb biji sawi
- 1 sb rempah kari
- 2 sb gula
- 1 sk serbuk kunyit
- 1/3 cwn cuka
- 2 sk garam
Cara Menyediakan
Untuk Acar Rampai
- 1Potong timun (bahagian biji jangan ambik) dan carrot memanjang seperti batang mancis.
- 2Rendam timun dan carrot dalam air kapur ½ jam (supaya sayur rangup). Kemudian tapis dan bilas dengan air.
- 3Cili merah buang tangkai dan biji kemudian racik halus (jangan terlalu nipis).
- 4Bawang putih dan bawang merah belah dua atau tiga (pastikan bawang masih tebal).
- Iklan
- 5Potong kasar bawang besar dan halia.
- 6Rendam udang kering anggaran 10 minit.
- 7Kisar halus cili kering, bawang besar, halia, udang kering dan air.
- 8Sangai bijan sampai naik bau kemudian angkat dan ketepikan.
- 9Panaskan minyak dan tumis biji sawi.
- 10Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kari. Tumis sampai kering dan pecah minyak.
- 11Masukkan gula dan cuka makan. Masak sampai kering sikit.
- 12Masukkan garam, bawang putih, bawang merah dan sedikit bijan. Masak sampai kesemua bahan layu.
- 13Tambah serbuk kunyit (untuk warna yang lebih menarik), kacau sebati dan tutup api. Biakan bahan tumisan suam sikit.
- 14Masukkan timun dan carrot. Kacau sebati.
- 15Tabur hirisan cili merah dan bijan sebelum hidang.
- •Untuk senang potong carrot, trim sikit bahagian tepi carrot menjadi bentuk 4 segi. Potongan akan jadi sama dan carrot tak bergerak masa potong.
- •Petua untuk rangupkan sayur, rendam sayur dalam air kapur. Kalau tak ada kapur, boleh rendam dalam air sejuk (tapi hasil selepas masak mungkin berbeza).
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





