ResepiCheNom
Nasi Lemak Bunga Telang

Nasi Lemak Bunga Telang

Che Nom nak kongsi satu menu yang sangat menarik iaitu Nasi Lemak Bunga Telang, yang dihidangkan dengan sambal udang dan telur dadar. Dan resepi kali dibawakan khas oleh Jabatan Wilayah Persekutuan sempena 50 tahun penubuhan Wilayah Persekutuan.

Mula-mula Che Nom akan tunjuk cara untuk dapatkan extract warna dari bunga telang, kemudian kita akan masak nasi lemak yang berwarna biru hasilnya.

Kemudian Che Nom akan tunjuk cara masak sambal udang dengan tips masak udang untuk hasil sambal yang sedap. Dan juga cara masak telur dadar yang ringkas dan menarik hasilnya. Ketiga-tiga warna biru, merah dan kuning ni mewakili warna bendera Wilayah Persekutuan.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
11 Januari 20245.3K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Nasi Lemak Bunga Telang

  • 2 cwn beras
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 biji bawang merah kecil
  • 1 sk biji halba
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cwn santan kotak
  • 1/2 cwn air
  • 2-2 1/2 cwn air rendaman bunga telang
  • 1 sk garam

Bahan Sambal Udang

  • 1/2 bawang besar (tumis)
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 bawang besar
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 1 cwn air
  • 1-2 sb gula melaka
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 5 ekor udang XL
Iklan

Bahan Lain-Lain

  • 1 cwn minyak masak
  • 1/2 cwn kacang tanah
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • Timun

Bahan Telur Dadar

  • 1 biji telur
  • 1/4 sk garam
  • 1/4 sk serbuk kunyit
Iklan

Cara Menyediakan

Nasi Lemak Bunga Telang

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah dan halia.
  2. 2
    Rendam bunga telang dengan air panas selama 15-20 minit atau sampai warna luntur.
  3. 3
    Basuh dan toskan beras.
  4. 4
    Masuk dalam periuk, beras, hirisan halia, hirisan bawang merah, biji halba, daun pandan, santan, air kosong, air rendaman bunga telang dan garam. Gaul sebati.
  5. 5
    Kemudian masak, guna rice cooker je senang.
Iklan

Sambal Udang

  1. 1
    Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan bawang besar.
  2. 2
    Kisar halus bahan potong kasar, cili kering dan air.
  3. 3
    Potong bawang besar untuk tumis dan hiasan.
  4. 4
    Panaskan minyak kemudian goreng kacang tanah dan ikan bilis sampai perang. Angkat dan ketepikan
  5. 5
    Goreng udang separuh masak kemudian angkat dan ketepikan.
  6. 6
    Tumis bawang besar sampai lembut.
  7. 7
    Masuk bahan kisar halus dan air. Masak sampai pecah minyak.
  8. 8
    Masuk gula melaka, sos tiram, air asam jawa dan garam.
  9. 9
    Sambung masak, ulang tambah air dan masak sampai pecah minyak 2-3 kali.
  10. 10
    Masukkan udang dan hirisan bawang merah.
  11. 11
    Gaul sebati dan boleh tutup api.
Iklan

Telur

  1. 1
    Pecahkan telur dan pukul dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. 2
    Panaskan minyak dan goreng telur dadar sampai masak.
Iklan
Petua & Panduan
  • Nisbah beras dan air adalah 1: 1/2, kalau guna beras yang agak keras, boleh lebihkan air.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru