
Gulai Daging Kawah
Sempena musim daging korban ni, jom tengok Che Nom share resepi Gulai Daging Kawah ala kenduri. Kalau sebelah utara gulai ni kuah kari merah, jangan confuse dengan gulai kuah kuning ye. Sebab ada banyak daging, dan kebetulan ada daging bahagian yang bukan prime cut iaitu bahagian yang keras dan agak liat jadi sesuai lah kalau kita buat masakan berkuah.
Kita reneh perlahan-lahan sampai daging meresap dengan kuah, dan masak lembut. Gulai daging ni bagi Che Nom kurang sesuai kalau pakai daging batang pinang. Yang banyak urat tu lebih sedap dan tak kering bila kita masak lama, juga ‘full of flavour’. Resepi ni menghasilkan gula kawah yang sedap, wangi, pekat dan cukup berlemak dgn santan segar dan kerisik juga homemade. Cara nak buat kerisik pun ada dalam resepi ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Daging Gulai Kawah
- 1 kilo daging
- 1 cwn minyak masak
- Rempah 4 sekawan
- 2-3 tangkai daun kari
- 1 helai daun pandan
- 1 biji bawang besar
- 4 sb serbuk kari daging
- 2 sb cili kisar
- 2-3 cwn santan cair
- ATAU air biasa
- 1 keping asam gelugor
- 2 sb kerisik
- 3-4 biji kentang
- 1/2 sb gula melaka
- Garam secukup rasa
- 2 cwn santan (dari 1/2 biji kelapa)
- ATAU 1 kotak kecil santan segera
Bahan Kisar Halus
- 6-7 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 ketul kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Hiris nipis bawang merah besar.
- 2Kisar halus bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup, halia dan lengkuas.
- 3Potong kentang kepada 2-3 bahagian.
- 4Bancuh serbuk kari daging dan cili kisar (atau cili boh) dengan sedikit air.
- Iklan
- 5Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, daun pandan, daun kari dan bawang merah besar.
- 6Masukkan bancuhan rempah kari dan air, kemudian tumis sampai pecah minyak.
- 7Bila tumisan dah kering, ulang tambah air dan sambung lagi tumis.
- 8Masukkan bahan kisar halus dan masak sampai kering dan masak garing.
- 9Masukkan semua daging (api perlahan masa ni). Che Nom tambah biji kurma untuk lembutkan daging.
- 10Masukkan santan cair (atau air biasa kalau pakai santan kotak) dan asam keping.
- 11Sementara tunggu daging masak, Che Nom sangai kelapa parut (1/2 biji kelapa) sampai perang, ringan dan ranggup.
- 12Bila dah sangai, cepat-cepat tumbuk masa masih panas (tapi Che Nom kisar je dengan blender kering).
- 13Dalam gulai kawah tadi masukkan kentang, kerisik, gula nisan, garam dan santan pekat.
- 14Sambung masak sampai mendidih, santan pecah minyak dan gulai pekat.
- 15Dah siap sedia untuk dihidang.
- •Che Nom guna daging potongan agak keras, potongan four quarters, ada banyak connective tissue. Gulai daging ni kurang sesuai kalau kita pakai bahagian yang lembut macam batang pinang.
- •Api perlahan sebab taknak daging terkejut, nanti connective tissue akan jadi keras dan lambat nak lembut
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Black Pepper

Daging Goreng Kunyit
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
