
Dendeng Daging
Jom tengok Che Nom share resepi masakan yang tengah hot sekarang ni iaitu daging Dendeng. Ni sebab Khairulaming lah kan. Memang sedap sangat daging dendeng ni tambahan pulak dah nak puasa senang kalau kita masak simpan buat stok. Apa yang Che Nom nak share ni ialah cara orang dulu-dulu dan lebih kepada sebelah negeri Perak, dimana bahan-bahan tumis kita goreng sampai lembut dan baru lah kisar halus. Hasil dendeng lebih tahan lama dan lebih beraroma. Cara yang lain-lain tu macamm biasa.
Daging direbus sampai lembut, hiris nipis dan tumbuk. Kemudian barulah diperap, digoreng dan masak perlahan dengan bahan-bahan tumis. Kalau elok cara tumisnya, cukup minyaknya hasil akan tahan lama dan tak mudah basi. Makan dengan nasi putih panas-panas fuh cukup terangkat. Kuah pun pekat bersalut. Boleh simpan sebagai frozen.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 kilo daging
- Air (sekadar tenggelam daging)
- 1/2 cwn kicap pekat manis (perap)
- 3 batang serai
- Iklan
- 1-2 biji bawang besar
- 12 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 12-15 tangkai cili kering
- 2 cwn minyak masak
- 1/2-1 cwn kicap pekat manis (kuah)
- 4 helai daun limau purut
- 1/2 keping gula melaka
- Garam secukup rasa
- 1 sb serbuk perasa
- 1 senduk bawang goreng segar
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Rebus daging sampai lembut anggaran 45 minit-1 jam, kalau pressure cooker dalam 30 minit.
- 2Rebus cili kering sampai lembut, toskan air dan buang biji.
- 3Hiris nipis bawang merah kecil (untuk bawang goreng).
- 4Potong kasar serai, bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- Iklan
- 5Panaskan minyak dan goreng semua bahan potong kasar sampai layu.
- 6Goreng pulak cili kering sampai layu.
- 7Kisar kasar semua bahan goreng tadi dengan sedikit air rebusan daging.
- 8Hiris nipis daging rebus anggaran 1/2 cm.
- 9Tumbuk daging agak hancur (sampai boleh carik dengan tangan).
- 10Gaul daging dengan kicap manis.
- 11Panaskan minyak dan goreng bawang merah kecil sampai garing kemudian angkat.
- 12Goreng pulak daging sampai garing tepi-tepi tu kemudian angkat dan ketepikan.
- 13Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.
- 14Masukkan 2 cawan air rebusan daging.
- 15Lepas mendidih, masukkan semua daging goreng, gula melaka, garam, serbuk seasoning, kicap pekat manis (atau kicap pekat caramel) dan daun limau nipis.
- 16Masak sampai kuah pekat.
- 17Akhir sekali tabur bawang goreng sebelum hidang.
- •Che Nom guna daging bahagian chuck tender (bahagian bahu), kalau bahagian cheap cut yang lain pon sesuai. Kalau daging bahagian batang pinang Che Nom tak guna untuk masak-masak yang heavy, untuk stir fry okey la.
- •Kalau masak banyak-banyak, boleh pek dalam bekas kecil-kecil dan simpand dalam freezer.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Black Pepper

Daging Goreng Kunyit
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
