
Daging Kerutub Terengganu
Resepi Daging Kerutup yang sangat istimewa bagi Che Nom kerana resepi asal diperolehi dari sahabat baik yang berasal dari Terengganu, resepi asli yang diturunkan dari bondanya yang tersayang. Kebanyakan resipi lain menggunakan lengkuas, kunyit dan serai, tetapi TIDAK untuk resipi ini.
Rempah kerutub ni pun Che Nom beli khas dari Terengganu. Rempahnya sangat berbau harum dan unik. Boleh digantikan dengan ayam jika anda suka dan boleh dipadankan bersama nasi minyak atau pulut kuning. Memang sangat sedap Daging Kerutub ni…rugi kalau anda tak cuba.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1kg daging, hiris dalam ketulan besar dan nipis
- 5 sudu besar rempah kerutub
- 1 senduk cili giling
- 3 cawan santan pekat
- 2 sudu besar kerisik
- sedikit gula melaka
- garam secukup rasa
- 2 senduk minyak untuk menumis
Bahan Untuk Kisar Halus
- 2 biji bawang besar
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Bahan Untuk Rempah Tumis
- 2 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Bancuh rempah kerutub dengan sedikit air dan gaulkan bersama daging untuk diperap seketika.
- 2Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar dan cili giling sehingga harum dan pecah minyak.
- 3Masukkan daging dan rempah kerutub yang diperap tadi.Tambahkan sedikit air, tutup dan masak di atas api perlahan supaya tidak hangus. Masak sehingga daging lembut, anggaran dalam 1 jam lebih.
- 4Masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
- 5Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut atau nasi minyak.
- •Kuah kerutub sepatutnya dihidangkan pekat dan pecah minyaknya.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Black Pepper

Daging Goreng Kunyit
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
