
Thai Red Ruby
Dessert Thai Red Ruby yang dibuat dari sengkuang cina.
Red ruby ni sangat cantik hasilnya, rangup dan rasa lembut jelly tu.
Makan pula dengan hirisan isi Nangka yang manis dengan kuah santan dan lain-lain lagi lah.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Thai Red Ruby
- 300g sengkuang atau sengkuang cina
- Pewarna merah
- 1 mangkuk tepung ubi
- Air untuk merebus
Bahan Untuk Sirap Santan
- 2 cawan air
- 1 kotak / 200ml santan
- 2 helai daun pandan
- ¾ cawan gula
- Sedikit garam
Bahan Lain
- Buah Nangka
- Nata de coco
- Kiub ais
Cara Menyediakan
Untuk Thai Red Ruby
- 1Gaul sengkuang yang dipotong dadu dengan pewarna merah.
- 2Tambah sedikit air lalu perapkan seketika.
- 3Gaul sekata sengkuang perap yang diperap tadi dengan tepung ubi.
- 4Panaskan air dan ayak lebihan tepung ubi sebelum direbus.
- 5Rebus sehingga merah pada sengkuang kelihatan hampir jernih dan sengkuang timbul naik di permukaan air, lalu angkat dan toskan.
- 6Rendam pula dalam air sejuk dan toskan.
- 7Kemudian, hidangkan red ruby (sengkuang) bersama sirap santan, kiub ais, nata de coco, isi kelapa dan hirisan nangka.
Untuk Sirap Santan
- 1Panaskan air dan masukkan santan, simpulan pandan, gula serta sedikit garam.
- 2Kacau dengan kerap diatas api yang perlahan.
Petua & Panduan
- •Toskan sedikit sengkuang yang digaul pewarna sebelum gaul dengan tepung ubi. Tujuan untuk elak semgkuang melekat satu sama lain jika terdapat air yg bertakung
- •Santan perlu dimasak api perlahan dan kerap kacau untuk elak dari berketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





