ResepiCheNom
Pulut Mangga Thai Istimewa

Pulut Mangga Thai Istimewa

Resipi Pulut Mangga Thai yang dikongsikan kali ini sangatlah istimewa sebab Che Nom sangat terpesona dengan kesedapa pulut mangga Thai masa pergi bercuti ke Phuket tahun lepas. Masa mula-mula makan memang rasa sedap sangat.

Bila balik semula ke Malaysia, Che Nom cuba masak Pulut Mangga Thai yang mempunyai rasa yang hampir sama. Kombinasi utamanya ialah pulut yang manis dimakan bersama kuah santan pekat yang agak masin rasanya dipadankan pula dengan manis buah mangga memang, sedap sekali.

Di Thailand, pulut mangga dihidang dengan taburan sejenis kacang, tapi kalau tak ada, bijan yang dipanggang tanpa minyak pun boleh.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
25 Julai 201834.1K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • Bahan-bahan untuk pulut mangga
  • 400 gram beras pulut, rendam semalaman
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2-3 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
  • 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
  • 3 biji mangga
Iklan

Bahan Untuk Kuah Santan

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • garam secukup rasa (biar kuah agak masin)
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Pulut

  1. 1
    Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. 2
    Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3. 3
    Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. 4
    Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  5. 5
    Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
Iklan

Untuk Kuah Santan

  1. 1
    Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  2. 2
    Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.
Iklan

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru