
Puding Sagu Gula Melaka
Resepi Puding Sagu Gula Melaka, hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa. Bagi Che Nom, walaupun resepinya mudah tetapi sangat versatile jika dihidangkan dengan cantik dan kemas.
Terima Kasih kepada blog kak Azlita Masam Manis kerana tips membilas sagu supaya hilang kanjinya. Dengan cara itu, sagu akan lebih kental dan terbentuk dengan cantik. Jangan risau jika sagu nampak agak hancur, teruskan bilas dengan air dan toskan.
Untuk resipi ini, Che Nom gunakan sukatan cawan supaya mudah dan cepat. Bagi kuah santan pula, lagi sedap jika kita gunakan santan segar. Selamat mencuba :)
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Sagu
- 1 1/2 cawan sagu
- air secukupnya
Bahan Untuk Kuah Santan
- 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
Bahan Untuk Sirap Gula Melaka
- 1 ketul besar gula melaka
- 3 sudu besar gula merah serbuk Thai
- 2 sudu besar gula pasir
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
- 2Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
- 3Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
- 4Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
- 5Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Untuk Kuah Santan
- 1Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
- 2Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Untuk Sirap Gula Melaka
- 1Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
- 2Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
- 3Tapis dan sejukkan.
- •Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka.
- •Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






