
Agar-Agar Santan Pandan
Resepi agar-agar santan pandan yang sungguh sedap dan menyegarkan jika dimakan sejuk. Agar-agar ni memang biasa kita makan dan nak buatnya pun tak susah mana. kalau ada kenduri, ini adalah pencuci mulut yang klasik dan sesuai sangat untuk dihidangkan kepada tetamu.
Rasa lemak dari santan dan harum dari daun pandan memberikan kelainan pada juadah ini. Selalunya saya akan buat agar-agar santan dan letakkan dalam peti ais. Dapat makan sejuk-sejuk memang sedap.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- 1 biji telur
- Iklan
- 3 1/2 cawan air
- 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2-3 helai daun pandan
- beberapa titik pewarna hijau
- beberapa titik perasa pandan (pandan essence)
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
- 2Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
- 3Pukul sedikit telur bersama santan. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
- 4Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
- 5Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






