
Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang
Resepi special kali ni disediakan khas sempena Hari Malaysia iaitu spaghetti masak lemak cili api udang. Menu ala fushion gitu. Nak masak fushion ni kena pandai adjust dengan bahan-bahan untuk dapatkan rasa yang sesuai. Cara masak udang dengan betul untuk elakkan udang jadi keras pun ada ditunjuk sekali.
Untuk kuah lemak cili api, Che Nom akan masak dengan menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream. Hasilnya spaghetti yang pedas, lemak, harum..creamy..dan bikin ketagih bila makan. Kena sangat lah dengan tekak orang kita.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Spaghetti
- 150g spaghetti
- 2 sk garam
- 2 liter air
- Sedikit minyak zaitun
Bahan Masak Lemak Cili Api
- 150g spaghetti
- 2-3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2-3 ketul kunyit hidup
- 4 tangkai cili padi merah
- 4 tangkai cili padi hijau
- Sedikit minyak masak
- 6 ekor udang
- 10 biji ceri tomato
- 1-2 batang serai
- 2/3 cwn Cooking Cream Anchor
- Garam secukup rasa
- 1 cwn air rebusan spaghetti
- 1 sk serbuk seasoning
- Daun kunyit
- 1/2 biji lemon
Cara Menyediakan
Rebus Pasta
- 1Panaskan air dan garam sampai mendidih.
- 2Masukkan pasta dan tekan-tekan supaya pasta tengelam sepenuhnya.
- 3Bila dah masak, simpan 1 cawan air rebusan.
- 4Angkat dan toskan pasta.
- 5Gaul pasta dengan minyak zaitun sikit kemudian buat tossing sampai sejuk.
Masak Lemak Cili Api
- 1Potong kasar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi.
- 2Serai ketuk dan potong 2.
- 3Daun kunyit gulung dan hiris nipis.
- 4Udang trim kepala dan buang tali hitam.
- 5Kisar kasar semua bahan potong kasar tadi dengan sedikit air.
- 6Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak.
- 7Sebelum angkat udang, goreng sekejap ceri tomato anggaran 30-40 saat. Angkat udang dan ceri tomato.
- 8Tumis serai sampai naik bau.
- 9Tuang masuk semua bahan kisar kasar tadi.
- 10Tambah garam dan masak sampai kering.
- 11Keluarkan batang serai.
- 12Masukkan Anchor Cooking Cream, air rebusan pasta, serbuk perasa, hirisan daun kunyit dan jus lemon.
- 13Gaul sebati kemudian masukkan udang dan spaghetti.
- 14Boleh tutup api dan hidang.
- •Untuk rebus spaghetti air kena banyak, sebab kita nak elak suhu jatuh masa kita mula-mula masukkan pasta.
- •Berapa lama rebus pasta tu kita tengok arahan dekat peket. Kalau tulis 12 minit, Che Nom akan rebus 7-8 minit untuk dapat texture al dente, sebab nanti kita akan gaul dengan kuah panas kan, biar keras sikit tak pe.
- •Kalau nak ganti udang dengan ayam pon boleh, seeloknya pan fry dulu ayam barulah sedap.
- •Anchor cooking cream tak mudah pecah kalau kita masak atas api besar pon, stabil je.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Creamy Prawn Pepperoni Pasta Favourite Anak-Anak Che Nom!

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim dan Sedap

Spaghetti Aglio Olio dengan Seafood

Spaghetti Goreng Sosej
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
