
Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim dan Sedap
Spaghetti Carbonara yang menggunakan sos carbonara mushroom dari Prego dan diubahsuai mengikut selera orang kita. Ianya mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun mudah didapati.
Menu ini sangat sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak, atau di majlis keramaian seperti party hari jadi untuk kepelbagaian hidangan kerana rasanya yg berlemak dan tidak pedas.
Jenis pasta yang Che Nom gunakan ialah spaghetti, tetapi anda boleh gantikan dengan pasta jenis fettucine, penne ataupun macaroni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Spaghetti
- Sedikit garam
- Minyak zaitun
- Air secukupnya
- 1 paket spaghetti, 500g
Bahan Untuk Kuah Carbonara
- Sedikit minyak zaitun
- ½ biji bawang Holland, potong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 4 batang sosej, hiris nipis
- capsicum merah dan hijau, hiris nipis
- 1 mangkuk udang, buang kulit
- serbuk black pepper
- cendawan, hiris nipis
- sos carbonara Prego
- susu full cream
- 1 keping keju cheddar
- Italian herbs kering
- Daun parsley fresh, hiasan
Cara Menyediakan
Untuk Masak Spaghetti
- 1Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
- 2Masukkan spaghetti kering, dan garam. Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut.
- 3Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat.
Untuk Masak Kuah Carbonara
- 1Panaskan sedikit minyak zaitun.
- 2Tumis bawang holland sehingga layu dan kemudian masukkan bawang putih.
- 3Setelah kekuningan, masukkan sosej, capsicum dan serbuk black pepper. Kacau sekejap.
- 4Masukkan udang dan serbuk black pepper.
- 5Masukkan cendawan butang.
- 6Masukkan sos carbonara segera dan tambah sedikit susu full cream. Masak sehingga mendidih.
- 7Tambah 1 keping keju cheddar. Masukkan sedikit serbuk italian herbs kering.
- 8Tabur dengan daun parseli yang dicincang halus dan sedikit garam.Sedia untuk dihidang.
- •Jangan masukkan minyak zaitun semasa rebus spaghetti kerana ianya akan membazir bila kita tapis air nanti. Cukup sekadar tuang sedikit minyak semasa spaghetti lembut dan sudah ditapis.
- •Boleh ganti dengan seafoos lain seperti sotong
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)

Spaghetti Aglio Olio dengan Seafood

Creamy Prawn Pepperoni Pasta Favourite Anak-Anak Che Nom!

Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Goreng Sosej
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
