
Spaghetti Aglio Olio & Ayam Popcorn Korea
Kali ni Che Nom nak share resepi yang kita boleh guna untuk buat jualan atau tempahan lunch box iaitu Spaghetti Aglio Olio dan Ayam Popcorn ala Korea.
Untuk spaghetti Che Nom masak ikut kesesuaian bahan untuk yang nak berniaga, jadi taklah guna bahan mahal sangat, tapi tetap terbaik hasilnya.
Ayam popcorn style korea pulak kita guna cara mudah aja tak perlu renyah angat pun bahan-bahannya nya tu serta kos pon berpatutan. Kombinasi menu yang sangat menarik untuk dicuba dan rasa pun sedap sangat.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam Korea Popcorn
- 500g isi ayam
- 3-4 sb tepung goreng serbaguna
- 1 sb serbuk kari
- Air
- 1-2 cawan tepung goreng serbaguna
- 2 sb minyak masak
- 2 ulas bawang putih
- 2-3 sb cili kisar
- 2 sb kicap manis
- 3 sb sos tomato
- 2 sb gula
- Sedikit air
- Garam
- Bijan
Bahan Untuk Spaghetti Aglio Olio
- Air
- Garam
- Brokoli
- Air
- 2 sb garam
- 1 pek pasta
- Minyak zaitun
- 3/4 cawan minyak zaitun
- 6 batang sosej
- 7 ulas bawang putih
- Cili kisar
- 1 cawan air rebus spaghetti
- 1 kiub pati ayam
- Pasli daun rata @ pasli itali
- Pasli Inggeris
- 2 sk parsli kering
- Origano kering
- Herba campuran Itali
- Garam
- 1 cawan tomato
- Lada benggala
- Daun salad
- Sedikit keju parmesan
Cara Menyediakan
Untuk Ayam Korea Popcorn
- 1Boleh tambah extra bijan untuk lebih menarik.
- 2Potong kiub isi ayam.
- 3Gaul sebati ayam dengan tepung goreng serbaguna, serbuk kari dan sedikit air.
- 4Perap ayam dalam peti sejuk anggaran 30 minit.
- 5Salut ayam satu persatu dengan tepung goreng serbaguna.
- 6Panaskan minyak dan goreng ayam.
- 7Bila ayam dah perang dan rangup, boleh angkat dan toskan minyak.
- 8Parut halus bawang putih.
- 9Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
- 10Tumis cili kisar sampai garing.
- 11Masukkan kicap manis, sos tomato, gula, garam dan sedikit air.
- 12Masak sampai pekat.
- 13Akhir sekali tabur dengan bijan dan tutup api.
- 14Bila sos dah suam sikit, gaul dengan ayam popcorn.
Untuk Spaghetti Aglio Olio
- 1Hiris nipis bawang putih dan sosej (boleh ganti sosej dengan seafood kalau suka).
- 2Potong capsicum, brokoli dan ceri tomato.
- 3Panaskan air, masukkan garam dan celur brokoli selama 1-2 minit. Kemudian angkat dan rendam dalam air sejuk.
- 4Panaskan lagi sekali air dan masukkan garam,
- 5Bila air dah mendidih masukkan spaghetti dan rebus sampai lembut (ikut arahan pada pek spaghetti).
- 6Bila spaghetti dah lembut, angkat dan gaul minyak zaitun. Buat tossing untuk cepat sejukkan spaghetti.
- 7Simpan sikit air rebusan spaghetti anggaran 1 cawan untuk masak nanti.
- 8Panaskan minyak zaitun dan goreng sosej sampai garing.
- 9Masukkan bawang putih (kalau guna seafood, tumis bawang putih dulu).
- 10Tabur chili flakes dan tumis sampai bawang putih keperangan.
- 11Masukkan sedikit air rebusan spaghetti dan kiub pati ayam.
- 12Tuang masuk semua spaghetti, parsley kering dan oregano.
- 13Boleh tambah chili flakes dan garam kalau tawar.
- 14Masukkan ceri tomato dan capsicum, kemudian terus tutup api.
- 15Akhir sekali masukkan brokoli dan sedia untuk dihidang.
- •Lepas masukkan minyak zaitun dalam spaghetti gaul sebati dan buat tossing untuk cepat sejukkan spaghetti dan elak spaghetti jadi lembut sangat.
- •Ketuk-ketuk lebihan tepung selepas salut ayam, kalau tak ketuk nanti banyak keladak tepung dalam minyak goreng.
- •Minyak kena banyak dan cukup tengelam ayam, barulah ayam goreng masak sekata.
- •Tepung salut ayam goreng kalau banyak sangat sisa ketulan, tapis buang dan guna semula.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Spaghetti Aglio Olio dengan Seafood

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)

Creamy Prawn Pepperoni Pasta Favourite Anak-Anak Che Nom!

Spaghetti Goreng Sosej

Creamy Pasta Pedas Bersama Fillet Ayam

Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
