
Creamy Pasta Pedas Bersama Fillet Ayam
Kali ni Che Nom nak share resepi berasaskan pasta iaitu Spicy Creamy Fried Chicken Pasta, tu dia geleng kepala orang Italy tengok menu ni.
Rasa kuah salutannya cukup dengan pakej berlemak dari Anchor whipping cream, rasa pedas dari rempah dan cili api, ha gerenti tak muak.
Untuk lebih special, kita hidangkan dengan fillet ayam goreng yang diperap juga dengan whipping cream, dan rempah-rempah lain. Ha tak payah nak beli banyak-banyak jenis bahan. Hasil ayam goreng memang juicy, rangup di luar dan lembut di dalam, siapa yang suka western food, Che Nom recommend sangat cuba resepi ni masak untuk family.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Creamy Pasta
- 3 ulas bawang putih
- 2 sb mentega
- 2 tangkai cili padi
- 1/4 biji bawang holland
- 3-4 biji cendawan butang
- 1 sb serbuk kari
- 5-6 biji tomato ceri
- 1 cwn whipping cream
- 2 keping keju cheddar
- Garam secukup rasa
- 1/2 sb jus lemon
- Daun parsley
Bahan Perapan Ayam
- 1 ketul dada ayam
- 1/2 sb serbuk kari
- 1/2 sb serbuk cili
- 1/2 sk serbuk lada hitam
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 sk garam
- 1 sk serbuk seasoning
- 1/3 cwn whipping cream
- 1 sb jus lemon
Bahan Salutan Ayam
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1 sk serbuk seasoning
- 1/2 sk serbuk lada hitam
- 1/2 sk garam
Cara Menyediakan
Ayam Fillet
- 1Trim lemak atau ayam, kemudian potong kepada fillet panjang.
- 2Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk lada hitam, bawang putih parut, garam, serbuk seasoning, Anchor Whipping cream dan jus lemon.
- 3Perap selama ½-1 jam dalam peti sejuk.
- 4Untuk tepung salutan campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, serbuk seasoning dan garam.
- 5Keluarkan ayam perap tadi dan tambah 1-2 sb air dan salut isi ayam dalam tepung.
- 6Panaskan minyak dan goreng sampai goreng keemasan.
Spicy Creamy Pasta
- 1Potong bawang putih, cili padi, bawang holland dan cendawan butang, cerry tomato belah 2 ja.
- 2Didihkan air yang banyak, kemudian masukkan 1-2 sb garam dan rebus spaghetti (fettucine) sampai lembut.
- 3Bila dah masak toskan spaghetti dan drizzle dengan olive oil. Simpan 1 cawan air rebusan untuk masak kuah nanti.
- 4Panaskan butter dan tumis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
- 5Bila bawang dah kekuningan, masukkan pulak cendawan, tambah serbuk kari, tomato dan Anchor Whipping Cream.
- 6Tambah kepingan cheese chedar dan air rebusan spaghetti untuk lebih berkuah.
- 7Untuk balance kan rasa masukkan garam (jangan banyak sebab air rebusan dan cheese tadi dah masin) dan jus lemon.
- 8Tutup api kemudian masukkan spaghetti fettucine dan hirisan daun parsley.
- •Tepung salutan kering ayam goreng tu kalau banyak ketul-ketul boleh ayak buang. Kalau tak cukup buat lagi adunan kering.
- •Lepas dah rebus spaghetti drizzle sikit olive oil untuk elak melekat.
- •Kuah ni cepat kering, boleh tambah air rebusan spaghetti kalau nak lebih berkuah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)

Spaghetti Aglio Olio dengan Seafood

Creamy Prawn Pepperoni Pasta Favourite Anak-Anak Che Nom!

Spaghetti Goreng Sosej

Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang

Spaghetti Aglio Olio & Ayam Popcorn Korea
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
