ResepiCheNom
Gulai Ikan Kembung
Ikan

Gulai Ikan Kembung

Jom tengok Che Nom nak masak gulai atau kari ikan kembung kali ni. Bahan-bahan cukup ringkas, tapi untuk masak kari yang sedap kita perlu bagi perhatian kepada cara memasak nya. Baru lah dapat sediakan kari yang sedap.

Kalau di sebelah utara, gulai sama je dengan kari. Sesetengah tempat pulak gulai tu yang kuah kuning kan? Cara masak ni sama mcm cara mak Che Nom.

Kuah gulai kena pecah minyak dan warna pun sedikit kemerahan. Rasa pula mesti ada elemen pedas, rasa lemak berempah dan sedikit masam. Kalau makan dengan nasi dan ulam sambal belacan atau cicah dengan lempeng fuh cukup terangkat.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
25 Disember 202347.5K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1/2 cwn minyak masak
  • 1/2 sb halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • Iklan
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 sb serbuk kari ikan
  • 1 sb serbuk cili
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 1kg ikan kembung
  • 2-3 cwn santan cair
  • 1 cwn santan pekat
  • 2-3 biji tomato
  • Bendi
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  2. 2
    Belah tomato 3-4 bahagian, bendi trim tangkai.
  3. 3
    Bancuh serbuk kari ikan dengan serbuk cili, dan sedikit air.
  4. 4
    Asam jawa, rendam dalam air panas dan ramas jadikan pes.
  5. Iklan
  6. 5
    Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih tadi.
  7. 6
    Bersihkan ikan dan keluarkan isi perut dan insang.
  8. 7
    Panaskan minyak kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Kacau sampai naik bau.
  9. 8
    Tumis bahan tumbuk kasar dan halia sampai garing kekuningan.
  10. 9
    Masukkan rempah kari dan air kemudian masak sampai pecah minyak. Ulang proses tambah air sebanyak 3 kali.
  11. 10
    Masuk air asam jawa sikit dan tambah air lagi. Sambung masak sampai pecah minyak.
  12. 11
    Masukkan garam secukup rasa.
  13. 12
    Masukkan ikan dan santan cair (kalau guna santan kotak, boleh masukkan air sejuk)
  14. 13
    Tuang air agak-agak tenggelam ikan.
  15. 14
    Masukkan santan pekat dan masak sampai mendidih.
  16. 15
    Masukkan tomato dan bendi.
  17. 16
    Biar kuah mendidih sekejap kemudian tutup api.
Petua & Panduan
  • Santan kalau letak banyak, warna gulai akan kekuningan, seeloknya jangan letak banyak sangat lah.
  • Kalau nak ganti bendi dengan kundur atau timun tua pon sedap.
  • Rempah Kari Cap O pilihan orang utara.
  • Masak masuk ikan, api perlahan je takut hangit.
  • Ikan jangan kerap balik-balikkan atau terlebih kacau takut nanti ikan hancur.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru