
Pes Nasi Goreng Kampung
Kali ni Che Nom nak share idea masakan yang sangat lah membantu mudahkan kerja kita memasak di dapur, iaitu cara untuk masak pes nasi goreng homemade. Ada dua bahagian dalam video ni. Pertama, cara untuk sediakan bahan-bahan dan masak pes nasi goreng. Bahagian yang kedua pula, Che Nom akan kongsi cara untuk masak nasi goreng dengan menggunakan pes tersebut serta di olah supaya lebih menarik dan cukup berselera hasilnya.
Kelebihan kalau sediakan pes ni awal, nanti bila teringin nak makan, cepat aja untuk kita siapkan satu hidangan lengkap nasi goreng. Apabila masak di rumah, macam-macam kita boleh masukkan. Nak lebih sayur atau lebihkan protin, yang paling penting dijamin bersih dan sedap.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Pes Perencah Nasi Goreng
- 2-3 biji bawang besar
- 6-8 biji bawang merah kecil
- 8 ulas bawang putih
- 6-8 tangkai cili merah
- 120g / 55 tangkai cili padi
- Ikan bilis
- 1/2 inci belacan
- 1 cwn minyak masak
- 2 ketul kiub ikan bilis
- 2 sk garam
Bahan Untuk Nasi Goreng
- Minyak masak
- Sedikit isi ayam
- 1 biji telur
- 2 sb pes nasi goreng
- Lobak merah
- Kangkung
- 1 cwn nasi sejuk
- Kicap pekat manis
- Timun
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Keropok
- Ikan bilis goreng
Cara Menyediakan
Untuk Pes Perencah Nasi Goreng
- 1Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil dan bawang putih. Pes nasi goreng ni kita kena lebihkan bawang.
- 2Cili merah besar buang tangkai dan potong kasar.
- 3Untuk lebih pedas kita tambah cili padi merah dan hijau, Che Nom buang tangkai je.
- 4Ikan bilis segenggam. Lepas basuh Che Nom rendam sekejap dalam air (nak bagi lembut dan mudah kisar).
- 5Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar. Bawang, cili, belacan dan ikan bilis (masukkan sekali air rendaman).
- 6Terus kisar kasar.
- 7Panaskan minyak
- 8Bila minyak dah panas tuang masuk bahan kisar.
- 9Tumis sampai masak garing.
- 10Che Nom tambah kiub pati ikan bilis, nanti bila guna untuk masak nasi goreng dah tak perlu tambah macam-macam lagi dah.
- 11Bila pes dah mula garing dan pecah minyak, masuk sedikit garam dan sambung kacau.
- 12Ok dah masak boleh tuang masuk dalam bekas dan ketepikan dulu.
Untuk Hidangan Sampingan
- 1Untuk sayur, kita guna ja sayur yang kita suka, Che Nom guna lobak merah. Kupas kulit lobak dan potong dadu.
- 2Potong daun dan batang kangkong. Siapa peminat kangkong, Che Nom cukup suka letak dalam nasi goreng.
- 3Timun boleh hiris untuk hiasan masa hidang.
- 4Pecahkan 2 biji telur, kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit. Pukul telur.
- 5Panaskan minyak dan goreng telur.
- 6Bila dah masak boleh angkat dan potong 4.
- 7Goreng keropok. Che Nom jugak suka hidang dengan keropok, apa-apa jenis pon boleh.
- 8Lepas angkat keropok, kita goreng ikan bilis pulak.
Untuk Nasi Goreng Kampung
- 1Panaskan minyak dan masukkan isi ayam.
- 2Kacau isi ayam separuh masak.
- 3Masukkan telur dan kacau bagi hancur kasar.
- 4Masukkan pes nasi goreng.
- 5Masukkan lobak merah dan sayur kangkong.
- 6Masukkan nasi dan kacau sekata.
- 7Tambah sedikit kicap manis untuk tambah lagi rasa.
- 8Garam boleh rasa kalau perlu ke tidak sebab pes tadi dah masin.
- 9Ok dah siap, boleh hidang dan hias dengan taburan ikan bilis, keropok, telur dadar dan timun.
- •Minyak bekas goreng ikan bilis, kita guna untuk goreng nasi, tu lah rahsia nak lebih sedap. Keluarkan sikit kalau banyak sangat minyak. Sebab pes tu pon dah berminyak.
- •Resepi nasi goreng kampung ni untuk portion 1 orang makan, kalua nak masak untuk 2-3 orang makan, gnadakan saja bahan-bahan tadi.
- •Pes boleh masuk dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk, tahan berbulan-bulan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






