ResepiCheNom
Sambal Tumis Sardin
Ikan

Sambal Tumis Sardin

Resepi Sambal Tumis Sardin, masakan yang mudah tapi cukup membangkitkan selera. Hidangan ini boleh dimakan bersama nasi, lempeng ataupun roti.

Memang dari dulu lagi, macam ni lah cara Che Nom masak sebab mak yang ajar dan makanan tin yang biasa-biasa aja rasanya boleh bertukar menjadi sangat sedap. Setiap orang lain caranya masaknya. Anda boleh rujuk cara di bawah :)

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
25 Februari 201897.1K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 1 tin ikan sardin
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 2 biji kentang
  • Iklan
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 hirisan nipis halia
  • 1/2 mangkuk kecir air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • cili padi , jangan potong masukkan sebiji-sebiji
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.
  2. 2
    Panaskan minyak anggaran 1 mangkuk kecil kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang. Che Nom memang suka masukkan kentang pada waktu ini supaya mudah empuk.
  4. 4
    Masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.
  5. 5
    Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Iklan
Petua & Panduan
  • Boleh juga gunakan asam gelugor sebagai ganti kepada air asam jawa.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru