ResepiCheNom
Sambal Tumis Ikan Cencaru
Ikan

Sambal Tumis Ikan Cencaru

Sambal Tumis Ikan Cencaru, menu yang mudah disediakan dan sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih.

Kita belah belakang ikan cencaru kerana isi ikannya tebal dan supaya ikan menjadi garing dan menyerap sambal di bahagian belahan nya.

Sos ikan memang sangat sesuai dimasukkan ke dalam sambal tumis untuk sebarang jenis ikan, rasanya kuah sambal tumisnya bila digaul bersama ikan goreng memang cukup membuka selera. Cubalah :)

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
18 September 201914.1K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 3 ekor ikan cencaru, belah belakang dan potong dua jika ikan besar
  • sedikit garam, untuk goreng ikan
  • sedikit kunyit, untuk goreng ikan
  • 1/2 mangkuk kecil minyak, untuk menumis
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
Iklan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 10-15 biji cili kering, yg sudah buang biji dan rebus
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bersihkan ikan. Gaul dengan garam dan kunyit.
  2. 2
    Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.
  3. 3
    Dalam kuali berasingan, panaskan minyak.
  4. 4
    Tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak dan warna sambal berukar menjadi merah gelap sedikit. bila dah kering tambah air sedikit. Ulang tambah air dan masak kering sehingga 3-4 kali.
  5. 5
    Masukkan air asam jawa, sos ikan Thai, sos tiram dan gula.
  6. 6
    Masukkan ikan cencaru yang digoreng tadi. Gaul sekata.
  7. 7
    Masukkan hirisan bawang besar, dan sedikit garam jika perlu.
Iklan
Petua & Panduan
  • Jangan banyak sangat masukkan garam kerana ikan cencaru yang digoreng sudah sedikit masin rasanya.
  • Tambah air banyak kali semasa masak sambal supaya sambal masak sempurna dan sedap.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru