
Sambal Nasi Lemak versi niaga
Kali ni jom kita tengok Che Nom share resepi yang ramai orang pandai masak terutama orang meniaga kan tapi Che Nom nak share jugak versi yang sedap ikut tekak sendiri iaitu sambal tumis versi niaga haa sekuali besar kita masak puas hati. Sebenarnya nak masak sambal tumis yang sedap ni, bahannya tak banyak sangat pun Cuma caranya tu yang penting, kena sabar, kena tunggu, kena observe rasa dan juga texture nya haa barulah jadi. Kadang-kadang tu bila kita makan ada sambal yang pedas sangatlah, cili tak berapa masak, rasa pon pijor.
Dalam video ni Che Nom share cara masak dengan nisbah campuran cili yang sesuai untuk semua golongan, tak pedas sangat haa sedang elok je. Sedap betul kalau makan dengan nasi lemak. Nak buat meniaga sesuai, simpan nak buat stok dekat rumah pon ok juga sebab kitab boleh jadikan sebagai ibu sambal.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 200g cili kering gemuk (tak pedas)
- 30g cili kering kerinting (pedas)
- 7-8 biji bawang merah besar
- 1 inci halia
- 8 ulas bawang putih
- 30g ikan bilis
- 2 kiub pati ikan bilis
- 1 biji bawang merah (tumis)
- Air asam jawa
- 2 cwn minyak gorengan ikan bilis
- 1-2 helai daun pandan
- 4 ketul mini gula melaka
- 1-2 senduk kecil gula putih
- Garam secukup rasa
- Hirisan bawang besar
- 1Potong 1 biji bawang besar untuk menumis.
- 2Gunting cili kering kerinting dan cili kering gemok (cili kering gemuk ni Che Nom dah rendam semalaman) kemudian rebus sampai lembut
- 3Kisar halus bawang putih, halia, bawang besar, ikan bilis dan sedikit air.
- 4Kisar halus cili kering kerinting dan cili kering gemok bersama minyak masak dan air.
- 5Panaskan minyak dan goreng ikan bilis (ikan bilis ni untuk condiment nasi lemak).
- 6Bila ikan bilis goreng dah garing boleh keluarkan dan toskan minyak.
- 7Dalam minyak ikan bilis, tumis hirisan bawang besar sampai lembut.
- 8Letak daun pandan dan bawang kisar halus. Goreng perlahan sampai kekuningan dan garing.
- 9Masukkan semua cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
- 10Masukkan kiub pati ikan bilis, gula melaka, gula putih, air pati asam jawa dan garam.
- 11Sambung reneh atas api perlahan sampai sambal jadi warna gelap dan pekat. Kerap kacau untuk pastikan dasar kuali tu tak hangus.
- 12Tabur masuk hirisan bawang besar, kacau sampai layu dan tutup api.
- •Cili kering gemuk tu susah lembut, kalau tak kena cara nanti makan terasa la keping kulit tak hancur tu. Tipsnya malam kita gunting dan rebus, biarlah semalaman dia terendam dalam air rebusan esoknya baru kita kisar halus.
- •Belacan boleh letak, Che Nom Tengah alergik belacan pulak jadi nak letak kiub pati ikan bilis saja. Kalau guna belacan boleh kisar sekali dengan bawang-bawang.
- •Lebihan minyak yang terapung boleh senduk keluar dan simpan untuk tumis goreng- goreng.
- •Sambal ni boleh tahan 3-4 hari dekat luar, tak basi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






