Nasi Tomato dan Acar Timun ala Lauk Pengantin
Untuk resepi kali ni Che Nom akan kongsikan resepi Nasi Tomato dan Acar Timun, atau sesetengah orang panggil Jelatah.
Sebelum ni Che Nom dah share resepi Ayam Masak Merah ala lauk Pengantin yang sangat sesuai jika dipadankan dengan Nasi Tomato dan Acar Timun ni.
Hidangan yang sangat membuka selera, memang macam lauk kenduri. Untuk masak nasi berperisa macam ni Che Nom s
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Nasi Tomato
- 2 sudu besar minyak sapi
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 helai daun pandan
- 4 biji bawang merah, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih,hiris nipis
- 1 inci halia, hiris nipis
- Rempah 4 sekawan(1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 2 tangkai cengkih)
- 1 batang serai
- 3 cawan beras
- 4 cawan air
- ½ cawan susu cair
- 3-5 sudu besar puri tomato (boleh ganti tomato soup, kalau suka.. Cuma kena letak lebih)
- ½ cawan kismis
- Anggaran 1 sudu besar gula
- Garam secukup rasa
Iklan
Bahan Untuk Acar Timun
- ½ biji nenas size kecil
- 1 biji timun
- 1 biji cili merah
- 2 sudu kecil gula
- Sedikit garam
- 2 sudu besar cuka
Iklan
Cara Menyediakan
Untuk Masak Nasi Tomato
- 1Basuh beras dan toskan airnya.
- 2Dalam periuk berasingan, panaskan minyak sapi dan minyak masak.
- 3Tumis daun pandan bersama hirisan nipis bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan rempah 4 sekawan dan serai yang dititik.
- 5Masukkan beras, goreng sekejap selama 1-2 minit, kemudian masukkan air dan susu cair.
- 6Tambah tomato puri, kismis dan sedikit gula. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- 7Masukkan ke dalam periuk nasi dan tekan butang on untuk masak seperti biasa.
Iklan
Untuk Acar Timun
- 1Hiris nipis nenas, timun dan cili merah.
- 2Masukkan dalam satu bekas. Tambah gula, garam dan cuka. Gaul sekata.
Iklan
Petua & Panduan
- •Untuk nasi tomato, boleh juga kalau nak digantikan dengan tomato soup dalam tin.
- •Jika guna beras basmathi, boleh rujuk pada arahan di pek beras untuk sukatan air, tapi kebiasaannya satu cawan beras bersamaan dengan 1.5 cawan air.
- •Untuk acar timun, cuka boleh diganti dengan jus lemon atau jus limau nipis.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026
Iklan

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026
Iklan

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





