
Nasi Lemak Tumis
Resepi Nasi Lemak yang saya adaptasi dari resepi kak Azlita Aziz di video instagram nya. Selalunya Che Nom tak gunakan kaedah menumis kalau masak nasi lemak, tapi bila tgk kak Ita masak nasi lemak gunakan cara menumis teringin pula nak cuba.
Memang betul-betul sedap kerana nasi lemak ini akan lebih wangi dan rasa manis bawang yang ditumis tu menambahkan rasa manis yang tersendiri. Sedap dihidang bersama ayam goreng berempah atau ayam rendang.
Terim kasih kepada kak ita kerana sudi berkongsi. Anda harus cuba resepi ini.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 3 cawan beras
- santan, agak-agak
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu kecil halba
- Iklan
- 1 inci halia, hiris nipis
- 1 batang halia, ketuk
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
- sedikit minyak untuk menumis
- garam secukup rasa
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Basuh beras dan toskan.
- 2Panaskan minyak di atas dapur dan tumis bawang, halia, halba, serai dan daun pandan sehingga bawang lembut dan naik bau.
- 3Masukkan beras dan kacau seketika.
- 4Masukkan santan anggaran sehingga air satu ruas jari.
- 5Masukkan garam secukup rasa dan kacau sedikit supaya garam larut sekata.
- 6Tutup penutup dan pindah ke periuk nasi elektrik. Jika tidak, anda boleh teruskan masak di atas api sehingga masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






