Nasi Lemak Bungkus
Hi semua, untuk kali ini Che nom sediakan nasi lemak bungkus sebab rindu nak balik kampung tapi tak boleh sebab PKPB. Jadi kenalah buat sendiri kat rumah.
Kat kampung Che nom memang banyak dijual nasi lemak bungkus kecil-kecil untuk sarapan pagi. Memang best sangat. Makan pula dengan kopi O atau teh O, sedap tak terkata.
Cara masak nasi lemak kali ini lebih ringkas, tapi tetap sedap. Sambal tumis pula memang padu. Pekat, pedas, masam, manis semua cukup rasa. Sebungkus memang tak cukup ini.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Halus (Sambal)
- 1 ½ biji bawang besar
- 4-5 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 25-35 biji cili kering
- ½ inci belacan
- ½ cawan ikan bilis
- sedikit air
Bahan Untuk Sambal Tumis
- ½ - 1 cawan minyak masak
- ½ biji bawang besar
- air asam jawa
- gula melaka
- ½ - 1 biji bawang holland
- 1 helai daun pandan
- garam secukup rasa
Bahan Untuk Nasi Lemak
- 1 biji bawang merah kecil
- 1 inci halia
- 3 cawan beras
- 4 ½ cawan (santan + air)
- 1 helai daun pandan
- ½ sudu kecil halba (optional)
- garam secukup rasa
Bahan Untuk Hidang
- kacang tanah goreng
- ikan bilis
- telur rebus
- telur goreng
- timun
Cara Menyediakan
Untuk Sambal Tumis
- 1Rebus cili kering dengan air secukupnya hingga tenggelam sebelum dikisar, lalu toskan air.
- 2Panaskan minyak dan tumis hirisan halus bawang besar sekadar lembut.
- 3Masukkan bahan kisar halus, sedikit air, air asam jawa, dan gula melaka. Masak sehingga sambal pekat dan kering dengan api yang sederhana.
- 4Selepas anggaran 40 minit, masukkan bawang holland, tambah pandan jika mahukan sambal lebih wangi, dan garam secukup rasa.
- 5Masak dalam anggaran 15 minit sampai bawang holland menjdai lembut.
Untuk Nasi Lemak
- 1Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih
- 2Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak
- 3Hiris nips bawang merah kecil dan halia.
- 4Panaskan minyak. Tumis bahan hiris nipis, daun pandan dan beras.
- 5Masukkan santan dan air, garam secukup rasa, halba (pilihan) lalu pindahkan semua kedalam periuk nasi.
Untuk Hidang
- 1Rebus telur dan potong timun.
- 2Goreng kacang tanah sehingga kekuningan dengan api yang perlahan dan kerapkan menggacau untuk mengelakkan ia hangus.
- 3Goreng ikan bilis sehingga garing. Bila sudah tak berbuih minyak, angkat dan tos minyak.
- 4Sediakan kertas balutan dan letakkan daun pisang menegak dari kertas, lalu sukat nasi dengan cawan dan letak di atas daun pisang.
- 5Hiaskan di atas nasi lemaktelurm timun, kacang tanah, ikan bilis dan sambal tumis.
- 6Balut nasi lemak dengan kemas.
- •Selepas rebus telur, rendamkan ia sekejap dalam air paip untuk memudahkan mengupas kulitnya nanti.
- •Kacang tanah yang sudah kekuningan, hendaklah diangkat segera kerana proses memasak masih berlaku walaupun sudah diangkat. Boleh saja diletakkan bawah kipas untuk elakkan hangus.
- •Jika menggunakan cili kering untuk diuat sambal, rebus dan dibuang biji.
- •Jika inginkan biji cili kering hancur semasa dikisar, boleh ditambah sedikit minyak masak.
- •Jika memasak sambal, minyak haruslah lebih agar cili cepat masak dan dimasak sempurna dan boleh saja menggunakan minyak bekas goreng ikan bilis.
- •Jika menggunakan santan kotak, letakkan minyak sedikit, jika santan asli tak mengapa.
- •Layur daun pisang untuk menggelakkan ia mudah koyak untuk dipotong.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






