
Nasi Goreng Usa
Menu kali ini ialah Nasi Goreng USA ala Thai. Menu nasi yang digoreng dengan sayur dan seafood ataupun ayam, dihidangkan pula bersama daging masak merah dan telur goreng atau telur mata. Masakan yg memang cukup sedap membuka selera.
Daging masak merah tu sama saja macam resepi yang lepas, daging kita rebus dengan sedikit pewarna merah sampai lembut dan empuk, hiris nipis kemudian masak.
Walaupun ada sumber yang mengatakan singkatan USA tu sebenarnya ialah udang, sotong dan ayam, bukan United States of America, tapi Che Nom kongsi berdasarkan menu yang biasa terdapat di restoran Ala Thai atau restoran Melayu. Jadi untuk video kali ni, kita focus pada kombinasi menu Nasi Goreng USA yang biasa terdapat di restoran tempatan.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Tumis
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji bawang holland
- 10-12 tangkai cili padi
- **Ambil serba sedikit kesemua bahan di atas dan tumbuk kasar untuk nasi goreng
Bahan Untuk Nasi Goreng
- Bahan tumbuk kasar (yang bertanda **)
- 1 sudu besar cili kisar
- ½-1 batang lobak merah
- ½ cawan udang
- 3-4 cawan nasi
- 2 sudu besar kicap cair
- Sedikit serbuk lada sulah
- 2-3 batang kacang panjang
- 1 biji telur
- Sedikit serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
Bahan Untuk Daging Masak Merah
- 2-3 sudu besar minyak masak
- Hirisan bawang putih dan cili padi (dari bahan di atas)
- 2 sudu besar sos tomato
- Anggaran 300g daging rebus bersama pewarna merah
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- air rebusan daging
- 1 sudu besar sos ikan Thai
- ½ sudu besar cili pes Thai (pilihan)
- 1 sudu besar cili kisar
- Gula secukup rasa
- 1 biji tomato
- 2-3 helai daun limau purut
- 4 putik jagung
- Hirisan bawang Holland
Bahan Untuk Telur Goreng
- Minyak masak
- Telur
Cara Menyediakan
Untuk Nasi Goreng
- 1Tumbuk kasar serba sedikit hirisan nipis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
- 2Tumis bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Masukkan cili kisar, lobak merah yang didadu dan udang.
- 4Selepas udang kelihatan sudah separuh masak, masukkan nasi, kicap cair, sedikit serbuk lada sulah, dan hirisan kacang panjang.
- 5Tepikan nasi dan masukkan telur ditengah;. Tabur sedikit serbuk lada sulah diatas telur dan masak sehingga separuh masak lalu gaul telur bersama nasi.
- 6Tambah garam secukup rasa dan teruskan menggoreng sehingga nasi goreng masak kering.
Untuk Daging Masak Merah
- 1Rebus daging bersama sedikit air dan pewarna merah sehingga daging menjadi lembut. Simpan air rebusan daging.
- 2Panaskan minyak lalu tumis baki hirisan bawang holland, bawang putih dan cili hijau.
- 3Masukkan sos tomato, sos cili, hirisan daging, sos tiram, air rebusan daging, sos ikan Thai, cili pes Thai (pilihan) dan cili kisar.
- 4Masukkan sedikit gula secukup rasa, potongan tomato, daun limau purut, sayur putik jagung dan hirisan bawang holland.
- 5Tambah air untuk lebihkan kuah.
Untuk Nasi Goreng Usa
- 1Panaskan minyak dan goreng telur.
- 2Hidang nasi goreng bersama daging masak merah serta telur goreng dan juga ulam-ulaman seperti salad mahupun timun. Tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan.
- •Selain meletakkan udang didalam nasi goreng, boleh sahaja digantikan dengan sotong atau ayam.
- •Sambal belacan juga boleh dijadikan tambahan bagi hidangan Nasi Goreng USA disamping daging masak merah dan ulam-ulaman.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






