
Nasi Goreng Daging Merah ala Thai
Resepi nasi goreng daging merah, masakan ala Thai yang menjadi menu utama di kebanyakan restoran di Malaysia.
Pilih bahagian daging yang tidak terlalu kenyal atau liat.
Untuk nasi goreng, hanya perlu masak nasi goreng yang simple kerana akan dipadankan dengan Daging Merah yang mengandungi banyak bahan sayuran. Cubalah,,kalau masak sendiri pasti puas hati.
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Daging Merah
- 200 gram daging
- pewarna merah
- 1 senduk minyak masak
- 1 inci halia, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
- 1/4 cawan cili kisar
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 helai daun limau purut
- 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
- 4 biji jagung muda, potong memanjang
- sedikit tepung jagung
- Karot, potong memanjang
Iklan
Bahan Untuk Nasi Goreng
- 1 biji telur
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 4 cawan nasi
- Sayuran campur atau mixed vegie
- 2 sudu besar cili kisar
- 1/2 ketul kiub ayam
- 3 biji bawang merah, hiris nipis
- Garam dan gula secukup rasa
Iklan
Cara Menyediakan
Untuk Memasak Daging Merah
- 1Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
- 2Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
- 3Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- 4Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
- 5Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- 6Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
- 7Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.
Iklan
Untuk Memasak Nasi Goreng
- 1Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- 2Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Iklan
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026
Iklan

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026
Iklan

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





