Nasi Goreng Cili Padi Pedas
Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra utk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di rumah.
Siapa yg mintak sgt resepi untuk org bujang tu, jom tgk cara Che Nom masak nasi goreng ni. Kalau makan dgn teh o atau kopi o memang layan.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Tumbuk Kasar
- 6-8 biji cili padi
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Bahan Untuk Lain
- sedikit minyak
- 1 mangkuk ikan bilis
- sayur lobak merah
- 2 biji telur
- 3-4 cawan nasi
- 1/4 - 1/2 sudu kecil lada sulah
- garam, secukup rasa
- serbuk perasa sedap, optional
- **telur goreng, untuk dihidang
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
- 2Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
- 3Kacang panjang bersihkan dan hiris kasar.
- 4Potong dadu carrot.
- 5Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing kemudian angkat.
- 6Dengan minyak yang sama tumis bahan tumbuk kasar tadi.
- 7Bila dah garing masukkan carrot.
- 8Pecah masuk telur dalam kuali (biar telur masak sikit baru kacau).
- 9Masukkan nasi.
- 10Kacau sampai semua bahan sekata.
- 11Masukkan kacang panjang, lada sulah, garam dan serbuk penambah rasa.
- 12Masukkan ikan bilis goreng tadi.
- 13Teruskkan kacau sampai nasi tak berketul dan garing.
- 14Che Nom tambah telur goreng atas hidangan ni.
Petua & Panduan
- •Nasi sejuk semalaman/ nasi yang baru masak tapi kurangkan air sikit.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





