
Nasi Ayam Legend 6 Juta Views
Kali ni Che Nom nak share resepi Nasi Ayam Legend yang sebelum ini dah pernah share kat YouTube dan sekarang Che Nom buat video baru dengan kualiti yang lebih bagus dan lebih tersusuan.
Mudah faham dan menarik lah sikit nak menonton terutama kepada yang baru nak belajar masak tu.
Ramai sangat yang share feedback suka kan hasil resepi nasi ayam ni. Ramai juga yang guna resepi ini untuk berniaga, Alhamdulillah.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Halus
- 6 inci halia
- 12 ulas bawang putih
Bahan Untuk Ayam
- Madu
- 1 kiub pati ayam
- Daun bawang
- Pes halia & bawang putih
- 2 sb sos tiram
- 1 sb kicap manis
- 1 sb kicap cair
- Minyak untuk menggoreng
- 1 ekor ayam
- Minyak bijan
Bahan Untuk Nasi
- 1-2 potong lemak
- 1/2 senduk mentega
- Pes halia & bawang putih
- 1 kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 helai daun pandan
- 1 batang serai
- 3 cwn beras
- 4 1/2 cwn air rebusan ayam
- Sedikit garam
- 1 sk serbuk kunyit
Bahan Untuk Sos
- Garam
- 1 sb sos cili
- 6-8 biji cili merah
- 6 biji cili api
- Sedikit air rebusan ayam
- Pes halia & bawang putih
- 2 sb jus lemon
- Gula
Bahan Untuk Kicap
- Air lebihan perapan ayam
- 1 mangkuk kecil kicap manis
- Sedikit air rebusan ayam
- Garam
Bahan Untuk Sup
- Lebihan air rebusan ayam
- Kaki ayam (jika suka)
- 1 sup bunjut
- Lobak merah
- Kentang
- 1 sk lada sulah
- Garam
- Daun sup
Bahan Untuk Hiasan
- Tomato
- Timun
- Salad
- Daun sup
- Daun bawang
Cara Menyediakan
Untuk Bahan Kisar
- 1Dah siap kisar, bahagikan kepada 4 bahagian.
- 2Potong kasar bawang putih dan halia.
- 3Kisar halus bawang putih dan halia dengan sedikit air.
Untuk Ayam Rebus
- 1Daun sup bahagian batang potong panjang 2 inci (untuk rebus ayam). Bahagian daun potong halus (untuk hiasan).
- 2Daun bawang bahagian batang belah dua, bahagian daun potong memanjang.
- 3Bersihkan ayam dan belah 2 (simpan sikit bahagian kulit / lemak untuk masak nasi)
- 4Gaul ayam dengan pes bawang putih dan halia.
- 5Masukkan ayam, air (sampai tengelam ayam) dan kiub pati ayam dalam periuk
- 6Rebus dengan api perlahan sampai ayam masak.
- 7Bila dah masak, angkat ayam dan sejukkan.
- 8Untuk perapan, kacau sebati pes halia, bawang putih, sos tiram, kicap manis dan kicap cair.
- 9Sapu ayam dengan perapan tadi.
- 10Perap ayam anggaran ½ -1 jam.
Untuk Nasi
- 1Carik dan simpul daun pandan.
- 2Ketuk serai sampai pecah.
- 3Panaskan kulit / lemak ayam atas kuali sampai cair dan mengecut (nak mudah cair letak minyak masak sikit).
- 4Bila dah mengecut, keluarkan kulit.
- 5Masukkan butter atau majerin.
- 6Tumis pes halia, bawang putih, rempah 4 sekawan, daun pandan dan serai sampai kekuningan.
- 7Masukkan beras dan goreng sekejap biar bergaul sekata.
- 8Tuang masuk air rebusaan ayam, garam dan serbuk kunyit.
- 9Akhir sekali pindah masuk rice cooker dan biar nasi masak.
Untuk Sos Cili
- 1Potong kasar cili merah besar (tambah cili padi kalau nak pedas).
- 2Lemon perah ambil jus (atau cuka).
- 3Kisar kasar cili, air rebusan ayam, jus lemon, gula, garam, pes halia dan bawang putih.
- 4Tuang masuk dalam periuk dan masak sampai mendidih.
- 5Tambah sos cili dan kacau sebati.
- 6Tutup api dan sejukkan sebelum hidang.
Untuk Kuah Kicap
- 1Masukkan baki perapan ayam, kicap manis, air rebusan ayam dan sedikit garam (kalau perlu) dalam periuk.
- 2Masak sampai mendidih dan angkat.
Untuk Sup Ayam
- 1Potong kentang dan karot.
- 2Masukkan sup bunjut, serbuk lada sulah, garam, kentang dan karot dalam baki air rebusan ayam. Nak tambah kaki atau tulang ayam pon boleh.
- 3Masak sampai mendidih dan tabur daun sup.
Untuk Ayam Goreng
- 1Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak keperangan.
- 2Bila dah perang boleh angkat dan sapu dengan minyak bijan dan madu (sapu minyak bijan dulu dan kemudian sapu madu).
Untuk Condiment
- 1Potong sederhana nipis timun dan tomato.
- 2Daun salad rendam dengan air sejuk dan keringkan.
- 3Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.
- •Air pastikan lebih dari sukatan air untuk masak nasi sebab kita nak guna untuk sos, kicap dan sup jugak.
- •Cara tumis nasi sebelum masak dalam rice cooker akan hasilkan beras yang berderai bila masak nanti.
- •Untuk masak nasi nisbah beras dan air adalah 1 cawan beras : 1 ½ cawan air. Jadi 3 cawan yang Che Nom masak ni, sukatan air rebusan ayam adalah 4.5 cawan.
- •Masa goreng ayam api jangan kuat sangat, takut ayam jadi keras kejung. Kita nak bagi perang elok je. Che Nom suka tutup masa goreng, nak bagi dalam tu moist aja nanti.
- •Sebelum sapu ayam goreng dengan minyak bijan dan madu, kena tunggu ayam suam-suam sikit baru sapu, kalau panas sangat, cair sapuan nanti tak melekat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






