ResepiCheNom
Nasi Ayam Claypot

Nasi Ayam Claypot

Kali ni Che Nom nk share resepi masakan yang berasal dari China, iaitu Claypot chicken Rice. Ada banyak variasi sebenarnya bila kita tengok resepi di internet. Jadi Che Nom rujuk semua dan olah ikut kesesuaian sendiri, yang mudah lah untuk masak kat rumah.

Yang penting, Claypot Chicken rice ni, ayam tu kena masak dengan cukup rasa perapan, moist dan lembut. Kena rasa bwg putih, halia, juga campuran kicap dengan minyak bijan yang sesuai..baru lah sedap.

Satu lagi, kerak nasi pun mesti kena ada bila kita masak dengan claypot..barulah lah tip top hasilnya. Che Nom kongsikan juga tips ayam masak sempurna utk beginner dan cara nak dapatkan nasi yang berkerak. Menarik betul cara masakannnya.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
17 Januari 202515.3K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Perapan Ayam

  • 3 ketul ayam
  • 2 sb kicap cair
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk gula perang
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk garam
  • 2 tangkai cili kering

Bahan Beras/Nasi

  • 3/4 cwn beras
  • 1 cwn air
  • *Boleh lebihkan beras jika suka
  • 1 sk minyak masak
  • Daun bawang
  • Cendawan Shiitake
Iklan

Bahan Ikan Kering Goreng

  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 ketul ikan masin
  • 4 sb minyak masak

Bahan Kuah Drizzle

  • 1 1/2 sb kicap cair
  • 1-2 sb kicap pekat
  • 1 sk minyak bijan
Iklan

Cara Menyediakan

Ayam

  1. 1
    Potong kasar daun bawang.
  2. 2
    Gunting kasar cili kering dan rendam sekejap.
  3. 3
    Bilas cendawan shiitake dengan air dan lap kering. Kemudian belah 2.
  4. 4
    Ayam potong kecil-kecil dan bilas dengan air.
  5. 5
    Perap ayam dengan kicap cair, minyak bijan, kicap pekat, sos tiram, gula perang, serbuk pati ayam, bawang putih, halia, garam, cili kering dan tepung jagung.
  6. 6
    Perap 1/2 - 1 jam.
  7. 7
    Masak ayam sampai separuh masak. Tambai air sikit kalau kering.
  8. 8
    Masuk cendawan dan sambung sampai ayam 1/2 masak.
  9. 9
    Tutup api dan ketepikan.

Ikan Masin Dan Bawang Putih Goreng

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih.
  2. 2
    Ikan masin, potong kecil-kecil, buang tulang dan rendam 3-4 minit.
  3. 3
    Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai keperangan.
  4. 4
    Masuk bawang putih cincang dan kacau sampai bawang putih keperangan.
  5. 5
    Tutupi api dan angkat.
Iklan

Kuah Kicap

  1. 1
    Campur kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan.

Beras

  1. 1
    Basuh beras dan rendam dalam claypot selama ½ jam.
  2. 2
    Toskan air rendaman.
  3. 3
    Tambah air dan minyak masak.
  4. 4
    Masak atas api sederhana sampai nasi mendidih.
  5. 5
    Masuk ayam dan cendawan kemudian sambung masak sampai dengar bunyi kriuk-kriuk / berdesir.
  6. 6
    Bila nasi dah masak, tuang masuk minyak bawang putih dan ikan masin goreng.
  7. 7
    Drizzle kuah kicap dan tabur daun bawang.
  8. 8
    Tutup balik tudung claypot 2-3 minit sebelum makan.
Iklan
Petua & Panduan
  • Kita kena senget setiap belah periuk untuk dapat kerak nasi sampai atas.
  • Tips untuk dapat kerak, tuang minyak pada keliling tudung claypot.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru