
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa & Air Asam Kerisik
Kali ni jom tengok Che Nom nak masak ikan cencaru sumbat sambal kelapa, resepi daripada mak Che Nom sendiri,dulu-dulu kat kampung memang suka sangat makan ikan sumbat sambal kelapa mcm ni,dan mak Che Nom akan hidang dengan air asam kerisik yang pekat, masam dan pedas. Makan memang tak pandang kiri kanan dah.
Che Nom akan tunjuk cara sediakan sambal kelapa yang pedas dan wangi sebab kita tumbuk bahan-bahan fresh kesemuanya untuk diagul dengan kelapa parut,kemudian sumbat ke dalam ikan belah belakang sebelum dibalut kemas dengan daun pandan dan goreng sampai masak.Ada tips juga untuk elakkan sambal kelapa dari berterabur keluar masa goreng anti.
Hasilnya,ikan yg sangat lah moistdan sambal kelapa pun sedap sangat bila dimakan dengan ikan. Air asam kerisik takyah cakap lagi lah,paduu.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ikan Cencaru
- 4 ekor ikan cencaru
- 8 helai daun pandan
- Sedikit tepung gandum
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
Bahan Untuk Sambal Kelapa
- 1 tangkai cili merah
- 4-5 tangkai cili kering
- 3-4 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- 1 ketul kunyit hidup
- 1 batang serai
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk perasa
- Sedikit gula
- 1/2 biji kelapa parut
- 1 sudu besar air asam jawa
Bahan Untuk Air Asam Kerisik
- Sedikit gula
- 1/2 -1 biji bawang holland
- 1 biji tomato
- 1-2 sudu besar kerisik
- 4-5 tangkai cili padi
- 1 tangkai cili merah
- 1 inci belacan
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 sudu besar kicap manis
- Sedikit garam
- Jus limau nipis
- Sedikit air
Cara Menyediakan
Untuk Ikan
- 1Ikan belah dari belakang dan bersihkan (jangan belah bahagian perut).
- 2Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
Untuk Sambal Kelapa
- 1Potong kasar cili merah atau cili kering (rebus dulu).
- 2Potong kasar kunyit hidup, bawang merah, bawang putih (boleh ganti dengan halia) dan serai.
- 3Tumbuk bahan potong kasar. Tambah garam, serbuk perasa, gula dan kelapa parut kemudian tumbuk sampai bergaul sebati.
- 4Tambah sikit air asam jawa, boleh ganti jus limau purut.
- 5Sumbat sambal kelapa dalam ikan. Tabur sikit tepung gandum atau telur supaya inti kelapa tak terkeluar.
- 6Balut dengan daun pandan dan cucuk atau selit dengan lidi.
- 7Goreng sampai ikan keperanggan.
- 8Cara-cara untuk air asam kerisik
- 9Hiris kasar bawang holland atau bawang merah besar, tomato dan limau nipis.
- 10Potong halus cili padi dan cili merah.
- 11Bakar belacan sampai naik bau.
- 12Dalam mangkuk yang berasingan masukkan bawang tomato, belacan bakar, air pati asam jawa, garam, gula dan kerisik. Gaul sampai bergaul sebati.
- 13Masuk cili padi, kicap manis, air sikit untuk berkuah, perah limau nipis dan gaul sebati.
- •Boleh tambah cili padi dalam sambal kelapa untuk lebih pedas.
- •Pastikan bahagian dicucuk dengan lidi berada di sebelah bawah semasa menggoreng supaya daun pandan tak terbuka.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






