ResepiCheNom
Ikan Bakar Dan Air Asam
Ikan

Ikan Bakar Dan Air Asam

Kali ni Che Nom nak share resepi Ikan bakar air asam yang sedap sangat dan mudah untuk disediakan. Che Nom akan tunjuk cara sediakan pes sambal berempah untuk ikan bakar, dan kemudian resepiair asam yang pedas, pekat, masam yang kena sangat lah kalau kita makan dengan ikan bakar tu.

Dalam video ni, Che Nom tunjuk cara masak ikan bakar guna kuali atau grill pan, sebab lebih mudah dan cepat nak sediakan , rasa pun tak kurang sedapnya.

Pes sambal berempah pulak boleh disediakan awal-awal, disimpan dalam peti sejuk ataupun freezer. Bila nak makan,keluarkan dan masak saja dengan ikan pilihan anda. Untuk sesiapa yang sibuk, boleh sediakan pes awal-awal lagi dan simpan.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
3 April 202172K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Ikan Bakar

  • 4 ekor ikan mabong (saiz besar) atau apa jenis ikan pilihan anda
  • daun pisang
  • sedikit minyak (untuk grill)
Iklan

Bahan Untuk Pes Ikan Bakar

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup
  • ½ inci halia
  • 1 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • ½ sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • ½ - 1 sudu kecil garam
  • sedikit air
  • 1 senduk minyak masak
  • ½ - 1 sudu kecil gula
Iklan

Bahan Untuk Air Asam

  • 10-15 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • ½ biji bawang besar
  • 1-2 biji tomato
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit perahan jus limau nipis
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Pes Ikan Bakar

  1. 1
    Kisar halus bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, dan batang serai sekaligus serta cili kisar, sudu besar kari ikan dan sedikit air asam jawa. Tambah sedikit garam dan air.
  2. 2
    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dalam masa anggaran 15 minit sehingga bahan masak dan pecah minyak
  3. 3
    Tambahkan gula dan sedikit air jika bahan terlalu pekat.
  4. 4
    Sambung masak dalam anggaran 5 minit.
Iklan

Untuk Ikan Bakar

  1. 1
    Salut dan lumur ikan yang telah dikelar dengan pes ikan bakar berempah bagi kedua-dua bahagian ikan serta didalam ikan.
  2. 2
    Balut setiap ekor ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
  3. 3
    Panaskan sedikt minyak dan panggang ikan dengan api yang sederhana.
  4. 4
    Panggang ikan sehingga ia masak.
Iklan

Untuk Air Asam Jawa

  1. 1
    Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
  2. 2
    Potong kecil bawang besar.
  3. 3
    Hiris kasar cili padi, cili merah (pilihan) dan tomato.
  4. 4
    Kisar halus air asam jawa, belacan yang dibakar, cili padi, gula dan garam secukup rasa.
  5. 5
    Selepas dikisar, masukkan bahan kedalam mangkuk bersama bahan potong dan hiris kasar lalu gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
  6. 6
    Perah limau nipis kedalam air asam jawa dan tambah gula mahupun garam untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.
  7. 7
    Kemudian, air asam jawa siap untuk dihidang bersama ikan bakar.
Iklan
Petua & Panduan
  • Jika menggunakan asam jawa asli, rendamkan dengan air panas dahulu dan ramas sehingga menjadi pes yang pekat.
  • Jika tiada daun pisang, boleh digantikan dengan daun kunyit.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru