
Asam Pedas Ikan Kembung dan Sambal Belacan
Kali ni Che Nom nak masak lauk yang boleh buat menambah-nambah nasik tak cukup sepinggan, iaitu asam pedas ikan kembung.Cara masak asam pedas ni lebih ringkas kerana tak perlu tambah rempah ratus dan kuah tu cukup sesuai kalau kita masak bersama ikan kembung yang segar. Kuah asam pedas akan berasa lebih manis dari ikan.
Che Nom tunjuk juga cara untuk buat sambal belacan yang pedas dan cukup wangi bila dimakan menggunakan 1 bahan special. Gabungan asam pedas yang berkuah pedas dan pekat bersama sambal belacan, nasi panas serta pelbagai ulam-ulaman memang cukup membuka selera.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 8-10 ekor / 1 kilo ikan kembung
- 2 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sb biji lada hitam
- 1 inci belacan bakar
- 25 tangkai cili kering
- 1 sk serbuk kunyit (ATAU 1 inci kunyit hidup)
- Air asam jawa
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- 2-3 helai daun limau purut
- (ATAU boleh ganti 1 batang serai)
- 1 biji tomato
- 4-6 batang bendi
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa, jika suka
Bahan Untuk Sambal Belacan
- 3 tangkai cili merah besar
- 6-10 tangkai cili padi
- 5 biji limau kasturi (ambil jus dan kulit)
- 1/4 cwn air asam jawa
- 1 sb gula
- 1/2 sk garam
- 1/2 inci belacan bakar
- Serbuk perasa, jika suka
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit hidup (kalau ada).
- 2Cili kering gunting kasar dan rendam dalam air panas sampai lembut. Kemudian bilas dan buang biji.
- 3Tomato belah 4.
- 4Bendi trim buang hujung (bahagian tangkai), kalau nak belah 2 tapi Che Nom tak potong dah.
- 5Bunga kantan belah 2 kalau besar belah 4. Batang bunga kantan belah 2, jangan buang, guna jugak untuk lebih aroma.
- 6Daun kesum, kalau rajin trim sikit buang batang yang keras tu.
- 7Asam jawa, ramas dengan air sampai dapat jus yang pekat (kalau nak senang guna yang pes).
- 8Masuk ke dalam blender bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, kunyit hidup, biji lada hitam, cili kering, belacan bakar dan air.
- 9Kisar halus kesemua bahan.
- 10Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi.
- 11Masukkan sedikit air dan serbuk kunyit (kalau belum masuk kunyit hidup).
- 12Tumis atas api sederhana sampai bahan tumisan kering dan garing. Kemudian ulang masak dan tambah air 3 kali sampai kering dan pecah minyak.
- 13Masukkan air asam jawa, bunga kantan dan air (boleh masukkan air banyak sikit kalau nak lebihkan kuah).
- 14Masukkan garam dan serbuk perasa (pilihan).
- 15Masukkan daun kesum dan biarkan reneh untuk keluar bau daun kesum.
- 16Koyak masuk daun limau purut (kalau guna serai boleh masukkan masa mula-mula tumis).
- 17Bila kuah dah masak dan cukup rasa, boleh masukkan ikan kembung.
- 18Bila ikan dah masak boleh masuk tomato dan bendi.
- 19Bila bendi dah layu boleh tutup api.
Untuk Sambal Belacan
- 1Potong kasar cili merah besar dan cili padi.
- 2Limau kasturi belah dua dan perah ambil jus. Kemudian kulit limau hiris halus (pastikan tak ada biji limau kalau tak sambal pahit).
- 3Masukkan ke dalam blender cili merah, cili padi, kulit limau kasturi, belacan bakar, jus limau kasturi, air asam jawa, gula, garam dan perasa kalau suka.
- 4Kisar kasar kesemua bahan.
- 5Bila dah siap kisar boleh adjust kalau nak lebih masin atau manis.
- •Biji lada hitam pastikan guna yang biji jangan yang serbuk. Kalau yang serbuk nanti kuah tak berapa wangi la.
- •Lebihkan minyak untuk tumisan sebab kita nak pastikan bahan tumisan masak betul-betul.
- •Penting untuk masuk ikan selepas kuah dah masak, jangan masuk awal nanti ikan hancur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






