
Agar-Agar Sirap Selasih
Resepi Agar-Agar Sirap Selasih, agar-agar yang menarik tapi menggunakan bahan yang cukup mudah.
Warna yang ceria pasti membuatkan anak-anak suka. Agar-agar ini sedap dihidangkan sejuk sebagai pencuci mulut dan juadah berbuka puasa.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Lapisan Sirap Selasih
- 1/2 pek agar-agar kering (dari bungkusan 25g), rendam sehingga lembut
- 600 ml air (anggaran 2 1/2 cawan air)
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu besar biji selasih, rendam sampai kembang
- 1/2 sudu besar pati sirap ros
- 1 helai daun pandan
Bahan Untuk Lapisan Sirap Bandung
- 1/2 pek agar-agar kering (dari bungkusan 25g), rendam sehingga lembut
- 400 ml air (anggaran 1 3/4 cawan air)
- 1/2 tin susu cair
- 3/4 cawan gula pasir
- 1/2 sudu besar pati sirap ros
- 1 helai daun pandan
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Dalam dua periuk yang berasingan, rebus bahan untuk lapisan sirap selasih (kecuali biji selasih) dan bahan untuk sirap bandung.
- 2Rebus sehingga mendidih dan pastikan ketulan agar-agar cair sepenuhnya. Kemudian tapis air rebusan agar-agar.
- 3Untuk bahan sirap selasih, biji selasih boleh ditambah apabila sirap sudah ditapis.
- 4Tuang sirap selasih ke dalam bekas acuan dan sejukkan. Apabila agar-agar sudah sejuk, cakar atau cucuk-cucukkan permukaan supaya bahagian lapisan atas melekat.
- 5Tuang bahan sirap bandung dan sejukkan lagi sekali.
- 6Apabila aga-agar sudah sejuk sepenuhnya, boleh lah dihidangkan.
Petua & Panduan
- •Agar-agar harus direndam terlebih dahulu supaya mempercepatkan proses memasak agar-agar. Apabila sudah lembut, barulah dimasak dan ketulan agar-agar akan cair dengan sempurna.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025




