ResepiCheNom
Spaghetti Sos Bolognese Homemade

Spaghetti Sos Bolognese Homemade

Sos bolognese homemade, dimasak dengan menggunakan tomato lokal yang masak ranum, dicelur, buang kulit dan biji. Kemudian kita kisar untuk jadikan sos, sama caranya dengan cara klasik Itali. Cuma kita tak gunakan tomato jenis itali contohnya san Marzano sebab susah nak cari.

Kalau anak-anak suka makan atau nak buat jamuan ke memang sesuai sangatlah dan jimat sebab kita masak dalam kuantiti yang banyak dan boleh lah simpan beku. Sos yang sama boleh guna untuk masak lasagna, pizza, ataupun macaroni bakar.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
30 Jun 202220.3K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Sos Bolognese

  • 3-3.5kg tomato segar
  • ¼ cawan minyak zaitun
  • 1 labu bawang putih
  • 2 biji bawang holland
  • 400g daging kisar
  • 2-3 sk serbuk lada hitam
  • 1 batang karot
  • 1 biji lada benggala
  • 1 tin besar/ 430g tomato puree
  • 1-2 sb pes tomato (optional)
  • 2 sk herba Itali
  • 2 sk parseli kering
  • 2 sk oregano kering
  • 1 kiub pati lembu
  • ½ cawan susu full cream
  • Gula, secukup rasa
  • 8-10 cendawan butang
  • Garam secukup rasa
Iklan

Bahan Spaghetti

  • 1 pek spaghetti kering
  • 2liter air
  • ½ sb garam
  • Serbuk cheese parmesan
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Sos Bolognese

  1. 1
    Kelar dibahagian bawah tomato berbentuk ‘X’.
  2. 2
    Rebus atau celur tomato sehingga kulit tomato kelihatan merekah, lalu angkat dan rendam dalam air sejuk.
  3. 3
    Kupas buang kulit dan buang biji tomato beserta air tomato.
  4. 4
    Kisar sederhana halus tomato.
  5. 5
    Panaskan minyak zaitun, lalu tumis bawang putih cincang sehingga naik bau.
  6. 6
    Masukkan bawang holland dadu, daging kisar, dan serbuk lada hitam. Masak sehingga air pada daging sudah kelihatan kering.
  7. 7
    Masukkan lobak merah parut, lada benggala dadu dan tambah serbuk lada hitam, herba Itali, parseli kering serta oregano kering.
  8. 8
    Masukkan tomato kisar, tomato puree atau pes tomato. Masak sos dalam lebih kurang 15 minit atau lebih.
  9. 9
    Tambah kiub pati lembu, gula secukup rasa, susu full cream, hirisan cendawan butang dan sedikit garam. Sambung masak sehingga cendawan layu.
Iklan

Untuk Spaghetti

  1. 1
    Masak air sehingga mendidih dan masukkan garam serta spaghetti. Masak sehingga spaghetti sudah lembut.
  2. 2
    Angkat spaghetti dan toskan air.
  3. 3
    Masukkan minyak zaitun dalam spaghetti yang ditapis.
  4. 4
    Kemudian, hidangkan spaghetti bersama sos Bolognese serta taburan cheese parmesan.
Iklan
Petua & Panduan
  • Air tomato tidak diperlukan untuk memasak sos kerana air tomato akan melambatkan proses memasak sos Bolognese.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru