
Soft Chocolate Chip Cookies
Kali ni Che Nom nak share resepi biskut yang tengah viral, iaitu Soft Chocolate Chip Cookies yang chewy texture nya tu. Chewy tu macam biskut lemau, tapi bukan lemau.
Ada beberapa tips untuk dapatkan bentuk yang tebal atau pon nipis. Kalau nak dapat yang nipis sangat tu kena letak lebih gula dan hasil pun memang sedap. Tapi kali ni Che Nom share versi yang tak nipis sangat, soft dan chewy juga tak terlalu manis dan memang sedap kalau kita makan cicah susu sejuk.
Makan sebagai snek di waktu malam lepas cookies keluar dari oven suam-suan panas tu memang best. Cookies ni memang kalau makan waktu fresh lebih sedap. Siapa peminat soft cookies jom lah cuba.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 cwn / 113g mentega unsalted
- 1/4 cwn / 50g gula perang (jadikan 1/2 cawan jika suka lebih manis)
- 1/4 cwn / 50g gula putih
- 1/4 tsp garam
- 1 telur
- 1 tsp esen vanila
- 1 1/4 cwn / 160g tepung gandum
- 3/4 tsp baking soda
- 200g campuran coklat coins dan cip
- 1Panaskan butter dalam atas api perlahan sampai cair.
- 2Gaul tepung gandum dan baking soda.
- 3Cincang kasar dark chocolate coin.
- 4Gaul sebati gula perang, gula putih, garam dan mentega cair, telur dan esen vanilla.
- 5Ayak bahan kering dan masuk dalam adunan cair.
- 6Gaul sebati sampai dapat doh yang pekat bertali.
- 7Masukkan semua coklat coin dan coklat chip. Kemudian kacau sebati.
- 8Tutup dan rehat dalam freezer 20-30 minit atau 1 jam dalam chiller.
- 9Gris Loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
- 10Bentukkan doh dengan cookies scoop (saiz 5cm) atau bahagi kepada 10-12 biji.
- 11Susun atas baking tray. Kalau suka cookies yang leper boleh tunggu doh hilang sejuk atas soft dan tekan sikit biar rendah.
- 12Susun coklat chip atas cookies dan tekan biar melekat.
- 13Bakar suhu 190C selama 13-15 minit.
- •Masa cairkan butter api slow takut nanti tepi-tepi hangus, jadi pahit pulak nanti.
- •Kalau nak ganti dark chocolate coin dengan milk chocolate coin atau chocolate chip pon boleh.
- •Boleh jadikan 1/2 cwn gula perang kalau suka lebih manis.
- •Kalau suka nuts boleh tambah tapi kena kurangkan sikit gula.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen

Hanya ahli berbayar boleh akses versi premium ini.
LangganiAnda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: boleh guna salted butter?
UmumResipi ini menggunakan mentega unsalted (1/2 cwn / 113g). Kalau anda menggunakan salted butter, anda mungkin perlu kurangkan atau tinggalkan garam (1/4 tsp) yang disenaraikan dalam bahan-bahan. Ini kerana salted butter sudah mempunyai kandungan garam, dan menambah garam lagi boleh menjadikan cookies anda terlalu masin.
Pastikan anda perhatikan rasa doh dan sesuaikan kuantiti garam mengikut citarasa anda.
Soalan: Tolong bagi cadangan kalau nak guna Air Fryer, berapa suhu dan masa membakar? dan apakah kesannya terhadap biskut ini nanti?
UmumResipi ini tidak menyatakan secara spesifik cara penggunaan Air Fryer, ia hanya menerangkan kaedah membakar menggunakan oven pada suhu 190C selama 13-15 minit.
Walaubagaimanapun, secara amnya, jika anda ingin menggunakan Air Fryer, anda boleh cuba tetapkan suhu yang lebih rendah sedikit, mungkin sekitar 160-170C, dan kurangkan masa membakar. Perlu diingat, setiap Air Fryer mungkin berbeza, jadi pantau biskut anda semasa membakar. Anda boleh mula dengan masa yang lebih singkat, contohnya 8-10 minit, dan tambah masa jika perlu.
Kesannya, biskut mungkin akan menjadi lebih rangup di bahagian luar berbanding jika dibakar dalam oven.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






