
Biskut Double Chocolate Chips
Jom tengok Che Nom buat biskut raya yang marvellous, rangup, penuh rasa coklat, wangi & rasa sedap berlemak butter iaitu Biskut Double Chocolate Chips.
Kita guna chocolate chips, cocoa powder dan badam cincang yang disangai. Kalau buat dengan anak-anak memang seronok sebab biskut ni tak perlu acuan atau bentuk yang kemas sangat baru nampak menarik.
Untuk lebih premium hasil biskut, Che Nom guna pure butter dari Anchor. Butter dari Anchor ni, diperbuat dari 100% susu segar dari New Zealand, sangat sedap, buttery, dan juga berkrim rasanya. Recommended sangat untuk cuba resepi ni. Tak menyesal punya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 227g Anchor unsalted butter
- 1 1/4 cwn / 250g gula perang
- 4 sb / 30g serbuk koko
- 1 biji telur
- 1 sk esen vanila
- 2 1/2 cwn / 310g tepung gandum
- 1/2 cwn / 60g tepung jagung
- 4 sb minyak jagung
- 1 sk serbuk bikarbonat
- 1 sk serbuk penaik
- 1/2 sk garam
- 200g coklat cip semi-sweet
- 150g badam cincang (boleh tambah sehingga 200g jika suka lebih badam)
- 1Sangai badam cincang dalam kuali 8-10 minit (api sederhana dan kerap kacau).
- 2Potong dadu mentega dan biarkan lembut.
- 3Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking soda, baking powder, serbuk koko dan garam.
- 4Gaul mentega dan brown sugar sampai sebati.
- 5Masukkan telur dan esen vanilla. Sambung kacau tapi jangan overbeat.
- 6Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan tuang masuk minyak jagung.
- 7Akhir sekali masukkan coklat chip dan badam cincang.
- 8Perap doh semalaman atau sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti sejuk.
- 9Sapu loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
- 10Gumpal doh anggaran saiz guli dan susun atas loyang.
- 11Sejukkan dalam freezer sampai doh keras sikit.
- 12Bakar suhu 160 °C selama 20-25 minit.
- •Tepung yang sesuai untuk buat biskut ialah tepung medium protein tapi kalau takda guna je tepung gandum.
- •Kalau pakai loyang hitam untuk bakar hati-hati ye sebab bahagian bawah cepat masak, sebab hitam kan lebih cepat serap haba.
- •Tips nak biskut yang sedap jangan guna barang baking 5-6 tahun lepas, beli yang fresh.
- •Lepas masuk chocolate chip gaul perlahan-lahan jangan ganas sangat, nanti hancur chocolate chip.
- •Kalau nak nampak chip dekat luar biskut, boleh tambah atas biskut.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






