
Biskut Sarang Semut
Jom kita buat biskut klasik yang mudah, bahan-bahannya pun senang nak cari dan harga pun mesra poket iaitu Biskut Sarang Semut.
Doh nya kita adun dan kemudian parut halus sebelum masuk dalam acuan. Boleh hias dengan apa-apa jenis sprinkles yang kita suka. Che Nom suka guna taburan coklat rice, biar nampak klasik rupa nya.
Rasa mmg cukup sedap, ada rasa manis-manis kastad, rasa berlemak dari butter atau majerin, memang favourite sangat ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 250g mentega
- 170g / 3/4 cwn gula kaster
- 1 biji kuning telur
- 1 sk esen vanila
- Iklan
- 2-3 titik pewarna kuning
- 180g/ 1 1/2 cwn tepung kastad
- 120g/ 1 cwn tepung jagung
- 190g/ 1 1/2 cwn tepung gandum
- Coklat urai
Cara Menyediakan
Cara Penyediaan Utama
- 1Potong mentega (kalau nak ganti dengan majerin pon boleh) kepada dadu kecil dan biarkan pada suhu bilik (supaya cepat lembut).
- 2Pecahkan telur dan ambik kuning telur.
- 3Masukkan mentega dan gula dalam mangkuk. Pukul sebati.
- 4Bila mentaga dah sebati (gula tak perlu hancur sepenuhnya) masuk kuning telur dan sambung pukul.
- Iklan
- 5Untuk warna yang lebih cantik Che Nom tambah sedikit pewarna kuning telur.
- 6Masukkan esen vanila (untuk hilangkan bau hanyir telur) dan sambung pukul sampai jadi texture creamy.
- 7Tuang masuk tepung kastad dan adun sebati.
- 8Masukkan pula tepung jagung dan sambung uli
- 9Masukkan tepung gandum, masukkan 1 cawan dulu dan uli sebati. Baki 1/2 cwn tepung gandum masuk sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yang lembut dan mudah dibentuk (Che Nom tak masukkan semua tepung gandum, masih ada baki sikit lagi).
- 10Rehat 10-15 minit, tujuan untuk doh tu serap semua lembapan dan jadi mudah untuk dibentuk.
- 11Untuk bentukkan biskut sarang semut, anda boleh guna pemarut, acuan maruku dan potato masher, tapi Che Nom suka guna pemarut je.
- 12Gumpal doh kecil-kecil.
- 13Kemudian parut halus.
- 14Sudu dan masukkan parutan doh dalam cawan kertas.
- 15Akhir sekali boleh tabur dengan coklat rice.
- 16Bakar selama 15-20 minit suhu 160 ° C.
- 17Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum simpan dalam balang.
- •Texture mentega sebelum mula buat biskut mestilah lembut tapi masih sejuk (soft cold butter).
- •Cara untuk parut, kita kena parut dari atas dan tarik ke bawah, satu hala saja. Jangan parut zig zag atas bawah.
- •Kalau doh yang telah diparut terpenyet, boleh gumpal-gumpal dan parut semula.
- •Biar parutan doh membukit sikit masa masuk dalam cawan kertas, nanti masa bakar akan jatuh sikit nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: telur gred apa yang boleh diguna?
UmumResipi ini tidak menyatakan gred telur yang spesifik, tetapi ia menyatakan "1 biji kuning telur". Jadi, anda boleh gunakan apa-apa gred telur, asalkan anda hanya menggunakan kuning telur sahaja. Pastikan anda asingkan kuning telur daripada putih telur dengan cermat sebelum menambahkannya ke dalam adunan. Selamat mencuba!
Soalan: Kenapa bila parut, adunan masih melekat di pemarut?
UmumResipi ini tidak secara langsung menyatakan mengapa adunan mungkin melekat pada pemarut, tetapi berdasarkan langkah-langkah penyediaan, ada beberapa kemungkinan:
- Adunan terlalu lembap: Jika adunan terlalu lembap, ia cenderung melekat. Pastikan anda telah menambahkan tepung gandum yang mencukupi. Resipi menyarankan untuk menambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut dan mudah dibentuk.
- Adunan belum cukup rehat: Resipi menyarankan untuk merehatkan adunan selama 10-15 minit. Tujuannya untuk membolehkan doh menyerap semua kelembapan. Proses ini membantu adunan menjadi lebih mudah dibentuk dan mungkin kurang melekat.
Sebagai petua, anda boleh cuba taburkan sedikit tepung pada pemarut sebelum memarut adunan.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






