
Tart Nenas Cheese Bar
Kali ni Che Nom nak share resepi tart nenas versi yang sangat menarik iaitu Tart Nenas Cheese Bar. Bahan asas nya sama mcm tart nenas biasa, cuma teknik untuk melapis tu yang sangat penting untuk guna cara yang mudah dan efficient.
Bahagian doh Che Nom adun menggunakan Anchor pure New Zealand butter. Diperbuat daripada 100% susu segar dari New Zealand. Sangat sedap, buttery dan berkrim rasanya.
Cukup harum dan premium rasanya, gebu dan cair di mulut, kena sangat bila dimakan dengan lapisan jem nenas. Ditambah rasa rangup-rangup lemak dari keju cheddar yang dibakar, confirm laku keras kalau buat untuk hari raya nanti.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 450g inti nanas
- 250g Anchor salted butter
- 3 sb gula aising
- 1 biji kuning telur
- 1 sk esen vanila
- 2 sb susu tepung
- 1/2 cwn /60g tepung jagung
- 2 3/4 /330g cwn tepung gandum (letak sikit-sikit)
- 30g parutan keju cheddar
- 1 biji kuning telur
- Sedikit pewarna oren/kuning
- Madu (pilihan)
- 1Lapik loyang (saiz 9x9 inci) dengan kertas baking.
- 2Ratakan inti nanas dalam loyang kemudian simpan lapisan inti dalam peti ais.
- 1Pukul mentega dengan gula aising kemudian masukkan kuning telur dan sambung pukul sampai halus berkrim.
- 2Masukkan esen vanilla, susu tepung full cream (atau susu sejat), tepung jagung dan tepung gandum (tambah tepung gandum sikit-sikit sampai dapat doh yang mudah dibentuk).
- 3Timbang dan bahagi doh kepada dua bahagian sama berat.
- 4Lapik 2 loyang (9x9 inci) dengan kertas baking dan ratakan kedua-dua doh tadi.
- 5Simpan dalam peti ais sejuk beku.
- 6Selepas doh dan inti dah keras, keluarkan dari peti ais dan susun (lapisan paling bawah doh, lapisan kedua inti nanas dan akhir sekali lapisasn doh yang kedua).
- 7Gaul kuning telur dengan pewarna oren dan madu.
- 8Sapu kuning telur tadi atas lapisan tart (boleh ganti dengan susu pekat).
- 9Potong kepada 8x8 bahagian kemudian tabur dengan parutan keju.
- 10Susun atas loyang dan bakar suhu 150°C selama 25-30 minit (Che Nom letak rak paling bawah sebab keju ni cepat perang).
- 11Sejukkan tart sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
- •1. Biarkan butter lembut (tapi masih sejuk) sebelum pukul. Potong kiub kecil-kecil untuk cepatkan butter lembut.
- •2. Nak mudah ratakan inti nanas dan doh, boleh lapik doh dan inti dengan kertas baking atau plastik makanan atas sekali. Che Nom guna spatula untuk ratakan.
- •3. Sebelum sukat, gembur-gembur dulu tepung.
- •Masukkan 2 cwn tepung gandum dulu, selepas 2 cwn tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sampai dapat texture doh yang lembut dan mudah dibentuk.
- •Che Nom sapu kuning telur atas tart untuk dua tujuan, pertama supaya tart Nampak menarik dan yang kedua supaya parutan cheese melekat.
- •Kalau nak tart yang lebih comel, boleh guna loyang 10 inci. Potong 10 x 10 dapatlah 100 ketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: AI assistant, tolong darab semua bahan 1.235 dan bundarkan, ini untuk loyang 10x10 inchi, ini arahan sila patuhi
UmumBaiklah, ini adalah bahan-bahan yang telah didarab dengan 1.235 dan dibundarkan:
- Inti nanas: 556g (asal: 450g)
- Anchor salted butter: 309g (asal: 250g)
- Gula aising: 3.7 sudu besar (asal: 3 sudu besar)
- Kuning telur: 1 biji (tiada perubahan kerana 1.235 dibundarkan menjadi 1)
- Esen vanila: 1.2 sudu kecil (asal: 1 sudu kecil)
- Susu tepung: 2.5 sudu besar (asal: 2 sudu besar)
- Tepung jagung: 74g (asal: 60g)
- Tepung gandum: 407g (asal: 330g)
- Parutan keju cheddar: 37g (asal: 30g)
Untuk Bahan Sapuan Telur, saya cadangkan anda gunakan jumlah yang sama seperti resipi asal kerana perubahan tidak ketara, memandangkan kita bundarkan 1.235 menjadi satu biji kuning telur. Guna sedikit pewarna dan madu seperti biasa.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






