
Singgang Ikan Kembung
Jom masak menu simple tapi cukup nostalgia bagi Che Nom iaitu Ikan Kembung Masak Singgang. Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tidak perlu perlu menumis. Ada rasa rempah segar yang direbus, ada rasa masam dan rasa pedas dari cili padi. Memang sangat segar rasanya bila menghirup kuah.
Kalau rasa tak sedap tekak, tapi nak makan sup sudah agak biasa. Jadi sesekali kita tukar dengan menu singgang ikan kembung, cuma perlu pastikan guna ikan fresh.
Nak kata menu bajet pun tidak juga sebab ikan pun dah kategori lauk kayangan sekarang ni. Apa-apa pun memang mudah dan sedap sangat menu ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- Serbuk perasa, jika suka
- 8 ekor ikan kembung
- Sedikit kunyit
- Sedikit garam
- Iklan
- 3-4 cawan air
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 2 ketul kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 1-2 keping asam gelugor
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah kecil
- 6 tangkai cili padi
- 1 biji tomato (pilihan)
- Sedikit ikan bilis (pilihan)
- Sayur bendi
- Garam & gula secukup rasa
Cara Menyediakan
Untuk Ikan Singgang
- 1Potong nipis halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.
- 2Ketuk sikit lengkus dan serai biar pecah sikit.
- 3Kunyit hidup potong kasar, tumbuk halus dengan sedikit garam kemudian lumur pada ikan (boleh ganti serbuk kunyit). Perap sekejap ikan.
- 4Potong tangkai bendi dan cili padi (Che Nom belah sikit dekat hujung).
- Iklan
- 5Tomato belah 4.
- 6Ikan bilis kupas dan buang perut.
- 7Masukkan air, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup dan ikan bilis dalam kuali. Masak sampai mendidih.
- 8Masukkan hirisan bawang putih, bawang merah dan asam gelugor.
- 9Bila dah mendidih masukkan garam, gula dan bendi.
- 10Bila bendi dah layu, masukkan ikan kembung dan perlahan api.
- 11Bila ikan kembung dah masak, tabur cili padi dan tomato. Kemudian cepat-cepat tutup api.
- 12Boleh tambah garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
- 13Hidang Bersama nasi panas.
- •Kalau guna lengkuas tua / keras ketuk dengan lesung biar pecah sikit, tak perlu hancur takut berserat pulak kuah nanti.
- •Biasanya untuk sayur orang letak bendi tapi boleh ganti kundur dan labu air.
- •Selepas masukkan ikan, perlahankan api supaya ikan masak perlahan – lahan dan tak hancur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






