
Siakap Goreng Sos Plum
Resepi Siakap Goreng Sos Plum, rasanya sungguh sedap sekali. Masakan ini tidak memerlukan bahan yang banyak, dan bahan utamanya ialah sos plum.
Sos plum berwarna perang kekuningan, pekat dan mempunyai rasa masam dan manis. Selalunya digunakan dalam masakan Cina dan juga sebagai sos pencicah.
Che Nom sarankan anda cuba resepi ini, terutama kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan ikan bergoreng. Selamat mencuba :)
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 ekor ikan siakap
- 2 sudu besar tepung jagung
- sedikit garam
- daun ketumbar ATAU daun bawang, untuk taburan
Bahan Untuk Kuah Sos Plum
- 1/2 cawan sos plum
- 2 sudu besar sos cili Thai
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 biji bawang merah, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 inci halia muda, hiris nipis memanjang seperti mancis
- 1 biji bawang besar, potong membulat atau wedges
- 4 biji cili padi, hiris nipis
- 1 biji limau nipis, perah jus
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, pastikan cukup untuk 'deep fry' ikan siakap.
- 2Bersihkan ikan, sapu sedikit garam dan salut dengan tepung jagung. Goreng sehingga masak dan garing.
Untuk Sos Plum
- 1Panaskan 2 sudu besar minyak masak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia muda sehingga naik bau.
- 2Masukkan sos plum, sos cili Thai, jus limau nipis, sos ikan dan cili padi. Kacau sehingga kuah masak. Tambah sedikit air untuk kepekatan kuah yang sesuai.
- 3Masukkan bawang besar dan garam secukupnya. Tidak perlu dimasukkan gula lagi kerana sos plum sudah manis.
- 4Tuang kuah sos plum di atas ikan siakap goreng dan tabur dengan daun ketumbar atau daun bawang.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





